Komunikasi PBT Dengan Penduduk Kini Lebih Mudah

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MPSp menyiarkan gambar aktiviti terbaharu mereka di laman web FB untuk memastikan pengguna sentiasa dimaklumkan dengan maklumat terkini.
MPSp menyiarkan gambar aktiviti terbaharu mereka di laman web FB untuk memastikan pengguna sentiasa dimaklumkan dengan maklumat terkini.

INTERNET menjadikan komunikasi lebih mudah dan kebanyakan pengguna, sama ada golongan tua atau muda menggunakannya untuk menyebarkan maklumat, mencari maklumat dan secara amnya, untuk dimaklumkan mengenai maklumat terkini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor telah menyertai rangkaian media sosial untuk berhubung dengan penduduk-penduduk di bawah bidang kuasa mereka menggunakan Facebook.

PBT boleh menyiarkan perkembangan terkini, acara yang akan datang dan pengumuman di laman Facebook (FB) mereka dan pengikut akan dimaklumkan dengan aktiviti terkini.

Sebaliknya, pengikut FB mereka akan menggunakan ia sebagai medium untuk menyuarakan aduan.

Bagaimanapun, laman FB Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengandungi kiriman dari orang ramai yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan PBT itu.

Salah seorang pengikut FB MPKj, Shaharuddin Abu Kassim menggesa MPKj untuk bersikap lebih tegas dengan kontraktor dengan berkata:"Tolong awasi kontraktor sampah di Taman Muhibbah Kajang. Kontraktor tidak melakukan kutipan sampah mengikut jadual. Pada minggu lalu dari 2 hingga 7 Disember, kutipan dilakukan dua kali saja. Minggu ini, 9 Disember hingga 14 Disember, sekali saja. Pegawai MPKj tolong lebih tegas dengan kontraktor terlibat."

Tinjauan StarMetro mendapati, kebanyakan posting adalah mengenai kutipan sampah oleh kontraktor MPKj.

Ketika dihubungi, Pegawai Perhubungan Awam MPKj, Kamarul Izlan Sulaiman berkata laman FB tersebut adalah dibawah seliaan jabatan IT, dengan Jabatan Perhubungan Awam dan Perancangan Korporat membekalkan maklumat untuk disiarkan dalam laman FB itu.

Beliau berkata, aduan yang diterima akan dihantar kepada jabatan berkenaan untuk tindakan susulan.

Kamarul berkata laman FB tersebut bertujuan untuk menyebarkan maklumat berhubung acara dan pengumuman penting kepada orang ramai dan bukannya untuk membuat aduan.

"Media sosial seperti Facebook dan Twitter merupakan platform terbaik untuk berkomunikasi dengan lebih ramai pengguna," katanya.

Laman FB MPKj kini mempunyai 2,253 'Likes'.

Kamarul berkata, orang ramai perlu menggunakan saluran yang betul untuk membuat aduan.

Mereka boleh menghubungi Hotline MPKj di 1-800-88-6755 dan Hotline Aduan Sampah di 1-800-88-1144.

Mereka juga boleh mengemel aduan tersebut ke aduan@mpkj.gov.my or log masuk ke Sistem Online Aduan Penduduk Selangor (STARS) di adu-mpkj.selangor.gov.my/

PBT lain turut mempunyai cara tersendiri dalam menangani komen dan aduan yang dibuat dalam laman FB mereka.

Namun, PBT tersebut turut menegaskan bahawa pengguna harus mengemukakan aduan terus ke nombor Hotline atau menggunakan STARS.

Presiden Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) Mohd Sayuthi Bakar berkata, PBT itu akan mengadakan mesyuarat mingguan untuk membincangkan aduan yang diterima dari FB mereka.

"Kami tidak sentiasa menerima aduan di laman FB. Namun jika ada, kami akan membuat tindakan susulan," katanya.

Bagi Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Zainun Zakaria berkata, beliau memberi reaksi balas terhadap komen dari orang ramai.

"Saya juga akan menghantar aduan yang diterima kepada jabatan berkaitan," katanya.

"Kebanyakan penduduk lebih berminat menggunakan STARS kerana aduan akan dibuat secara terus kepada jabatan berkaitan dan lebih efektif," kata Zainun.

MBPJ turut menggunakan FB untuk memastikan orang ramai sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan terkini di bandaraya itu.

Penolong Pengarah Kanan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Asfarizal Abdul Rashid berkata, FB digunakan sebagai medium untuk menyebarkan berita dengan pantas.

Asfarizal berkata, FB MPSJ kini mencecah 2,674 'Likes' sehingga Disember.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan