Kit Siang Akui Sukar Berdepan Abdul Ghani di Gelang Patah

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

GEORGE TOWN: Penasihat DAP Lim Kit Siang mengakui menghadapi laluan sukar bertanding di Gelang Patah di Johor kerana kawasan Parlimen itu adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata faktor yang menyukarkan beliau untuk memenangi kerusi itu kerana BN menurunkan nama-nama besar untuk berkempen dan pengaruh kuat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lim terbabit dalam pertandingan satu lawan satu dengan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman pada pilihan raya umum ke-13 Ahad ini.

"Pada tahun 2008, BN telah menang dengan majoriti lebih kurang 9,000 (undi). Pada tahun 2004, BN MCA menang dengan majoriti 31,666," kata Lim pada ceramah pakatan pembangkang di Kolej Han Chiang di sini malam Isnin.

Pada pilihan raya umum 2008, kerusi Parlimen Gelang Patah dimenangi calon B NTan Ah Heng dengan majoriti 8,851 undi, mengalahkan calon PKR, Zaliha Mustafa.

"Ini kali pertama Johor menjadi tumpuan seluruh Malaysia. Apa yang berlaku di Johor boleh mempengaruhi apa yang terjadi di Malaysia," kata Lim. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan