Inspektor Muda Antara Pengundi Awal Kali Pertama pada PRU-13

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Insp Hairani Razali menunjukkan jarinya yang telah dicelup dengan dakwat kekal selepas dia mengundi awal buat pertama kali.- Foto THE STAR
Insp Hairani Razali menunjukkan jarinya yang telah dicelup dengan dakwat kekal selepas dia mengundi awal buat pertama kali.- Foto THE STAR

KAMPAR: Jika sebelum ini dia tidak dapat mengundi dek kesibukan kerja namun kali ini, anggota polis, Inspektor Hairani Razali memastikan dia dapat mengundi pada pilihan raya umum kali ini.

Kali ini beliau memastikan dia dapat melaksanakNa tanggungjawab sebagai warganegara dengan mengundi pertama kali pada hari pengundian awal yang diadakan pada Selasa.

"Ini merupakan kali pertama saya mengundi dan saya akhirnya dapat rasa macam mana nikmatnya dapat tunaikan tanggungjawab sebagai warganegara.

"Sebelum ini saya merupakan seorang pelajar dan saya belajar di Sungai Petani, Kedah sedangan saya berasal dari Kelantan,” kata pegawai polis berusia 29 tahun, yang bertugas di Kampar sejak dua tahun lalu.

Hairani yang mengundi buat kali pertama menjadi lebih bermakna kerana anggota polis seluruh negara menjadi pasukan terawal menggunakan dakwat kekal buat pertama kalinya.

Ada di antara rakannya berkata dakwat kekal berwarna merah itu nampak seperti inai dan mereka mengusik Hairani nampak seperti dia akan berkahwin tidak lama lagi.

Hairani yang mempunyai ijazah dalam bidang perbankan Islam daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata proses pengundian awal berjalan lancar dan bersih.

"Isu pengundi hantu dapat diatasi dengan penggunaan dakwat kekal," katanya.

Sementara itu , Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Ng Kong Soon turut tidak melepaskan peluang mengundi dan beliau merupakan anggota polis pertama yang menanda kertas undinya.

"Selama 26 tahun bertugas sebagai anggota polis, saya tidak pernah melepaskan peluang untuk melaksanakan tanggungjawab saya sebagai warganegara," katanya.

Seramai 352 pegawai polis berdaftar sebagai pengundi awal di kawasan Kampar.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan