Enam DUN 'Hitam' Kedah Mungkin Jatuh Ke Tangan BN - Kajian MPN

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Prof Madya Dr Rohana Yusof
Prof Madya Dr Rohana Yusof

KUALA LUMPUR Barisan Nasional (BN) dijangka akan menguasai enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah yang dikatakan kubu kuat pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), menurut kajian Majlis Profesor Negara (MPN).

Profesor Madya Dr Rohana Yusof dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata kajian di enam kawasan berkenaan menunjukkan petanda positif kepada BN berdasarkan beberapa petunjuk terutama berkaitan dengan penerimaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

DUN terbabit ialah Bakar Arang, Bakar Bata, Kubang Rotan, Sidam, Lunas, dan Bukit Selambau. Kajian melibatkan 1,000 responden campuran pengundi Melayu, Cina dan India dilakukan pada Mac lepas.

"Kajian menunjukkan pengundi Melayu sebanyak 57 peratus mahukan BN kekal sebagai Kerajaan Persekutuan, pengundi India 62 peratus dan 39 peratus pengundi Cina.

"Peratusan sebegitu di 'kawasan hitam' BN ini dianggap satu ia petanda baik," katanya ketika membentangkan kertas kajian pada sesi kedua Wacana PRU13 'Putrajaya Milik Siapa? Antara Dasar, Isu dan Calon' di sini, Ahad.

Menurut Rohana, 73 peratus pengundi Melayu berpuas hati terhadap pentadbiran negara manakala pengundi India 52 peratus dan pengundi Cina 32 peratus.

"Dari segi kepuasan hati responden terhadap prestasi Najib, 76 peratus pengundi Melayu berpuas hati manakala pengundi India sebanyak 60 peratus dan pengundi Cina 38 peratus.

"Bagi Datuk Seri Azizan pula sebanyak 61 peratus di kalangan pengundi Melayu, 32 peratus pengundi Cina dan 53 peratus pengundi India berpuas hati terhadap prestasi Menteri Besar itu," katanya.

Katanya 42 peratus pengundi Melayu mahu kerajaan negeri dikekalkan, pengundi Cina 49 peratus dan pengundi India 51 peratus.

Rohana berkata antara faktor yang menyebabkan sokongan pengundi Melayu dan India meningkat di enam kawasan itu adalah disebabkan program transformasi yang dilaksanakan kerajaan BN terutama dalam usaha mengurangkan beban sara hidup. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan