Karpal Desak Anwar Nyata Pendirian Tentang Hudud, Negara Islam

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Karpal Singh mendesak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya berhubung isu hukum hudud dan konsep negara Islam yang ingin dilaksanakan PAS, sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Sebagai calon "perdana menteri" pakatan pembangkang, Anwar perlu menyatakan pendiriannya mengenai isu kontroversi dan kritikal itu, katanya.

Katanya hasrat pemimpin PAS untuk melaksanakan hudud dan konsep negara Islam telah menjejaskan persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang dan mengakui dua isu itu akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).

"Beliau (Anwar) perlu nyatakan pendiriannya. Saya fikir rakyat mahu mendengarnya. (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan (Setiausaha Agung DAP) (Lim) Guan Eng telah menyatakan pendirian parti, mereka tidak sokong hudud, mereka tidak sokong negara Islam," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Karpal berkata beliau menyatakan pendirian DAP berhubung isu itu bukan sahaja sebagai pendirian peribadinya tetapi juga bagi pihak parti. Baru-baru ini, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang diberi mandat memerintah negara kelak.

Bagaimanapun kenyataan itu disanggah oleh Karpal yang berkata DAP tetap menentang pembentukan negara Islam yang mengamalkan undang-undang hudud. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan