Artis Boleh Tarik Minat Undi BN - Ahmad Bashah

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Penglibatan golongan artis dalam membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diyakini berupaya menarik minat rakyat mengundi parti itu.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, golongan artis yang dilihat berpengaruh dalam masyarakat boleh menjadi pemudah cara dalam usaha menyampaikan maklumat terutamanya berkaitan manifesto parti itu.

"Kunjungan mereka banyak membantu aktiviti berkempen dengan berjumpa pengundi dengan lebih dekat malah pada masa yang sama mereka tolong kita edarkan manifesto BN kepada orang ramai.

"Jadi apa yang saya harapkan melalui ialah kunjungan mereka boleh membantu dan meyakinkan pengundi mengenai perlunya untuk memberikan sokongan kepada BN," katanya pada sidang media selepas melawat Pasar Tani Taman Wira, Mergong di sini, Jumaat.

Kunjungan Ahmad Bashah ke kawasan tumpuan orang ramai itu turut disertai barisan 11 artis yang mengikuti program Ziarah Syukur bagi membantu BN berkempen di Kedah.

Antara artis yang turut serta ialah Datuk Aziz Sattar, Datuk Mustafa Maarof, Norlia Ghani, Sheera Iskandar, Kismah Johar, Hail Amir, AR Badul, Salma (Mentor), Kuza, Noniswara dan Farawahida.

Alor Setar merupakan lokasi jelajah ke tiga di Kedah selepas kumpulan artis berkenaan mula menemui orang ramai di kawasan Parlimen Padang Terap dan Parlimen Kulim Bandar-Baharu sejak Selasa lalu.

Program yang dijayakan Pengerusi Penganjur Ziarah Syukur, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar itu bakal meneruskan siri jelajah mereka ke kawasan Parlimen Pendang dan Parlimen Jerlun.

Sementara itu pada sidang media yang sama, Aziz berkata, kerajaan BN terbukti tidak meminggirkan kebajikan penggiat seni sepertinya melalui pelbagai inisiatif termasuk kepada artis veteran.

"Sejak dari dulu kerajaan kita tak pernah abaikan mana-mana pihak termasuk golongan artis seperti kami.

"Jadi tidak salah agar kita semua terus menyokong kerajaan sedia ada kerana sumbangan yang tidak ternilai kepada rakyat di negara ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan