Jangan Amal Undi 'Pakai Kasut Sebelah, Pakai Selipar Sebelah' - Dr Ramli

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Calon PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong, Dr Ramli Mamat menasihatkan rakyat di Kelantan agar tidak mengamalkan konsep undi 'pakai kasut sebelah, pakai selipar sebelah' apabila segelintir mereka mengundi untuk parti yang berasingan di DUN dan Parlimen.

Beliau berkata, terdapat segelintir rakyat di Kelantan yang mengamalkan pendekatan dengan membuat undi bagi DUN untuk PAS manakala undi Parlimen diberikan kepada parti lain.

"Kita tahu, kadang-kadang orang Kelantan ini terlalu baik budi. Ada di antara kita akan undi DUN untuk PAS dan undi Parlimen diberi kepada orang lain (bukan PAS).

"Jadi adalah 'canggung' (pelik) bagi kita jika (mengundi) 'pakai kasut sebelah, pakai selipar sebelah'," katanya ketika menyampaikan ceramah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat dekat sini, malam Khamis.

Sehubungan itu, Dr Ramli menasihatkan agar rakyat di negeri itu membuat keputusan yang lebih bijak pada hari pengundian 5 Mei ini.

"Jika mahu meningkatkan syiar Islam di Kelantan dan Malaysia secara amnya, berilah sokongan kepada PAS dari segi DUN dan Parlimen," katanya.

Dr Ramli yang merupakan calon baru mewakili PAS akan bertanding di DUN Bunut Payong di bawah Parlimen Kota Baru dalam pertembungan satu lawan satu dengan calon BN, Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan