PAS Umum Sembilan Tawaran Untuk Rakyat Kelantan Dalam Manifesto PRU-13

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: PAS pada malam Selasa mengumumkan sembilan tawaran parti kepada rakyat Kelantan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengarah Pilihanraya PAS Negeri, Wan Nik Wan Yusof berkata, tawaran parti itu adalah untuk dinilai oleh rakyat Kelantan agar kesinambungan di peringkat akar umbi di bawah pimpinan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar terus diyakini.

"Kita mengemukakan program ini (tawaran) yang bertemakan 'Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan' di mana tiga konsep ini seiring dengan tema 'K' iaitu 'Kekal Kelantan'.

"Tawaran itu adalah suatu yang baik untuk dinilai oleh rakyat Kelantan, supaya kita lebih yakin dan percaya bahawa suatu urus tadbir terbaik berdasarkan pemikiran-pemikiran berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah yang diterjemahkan para ulama dalam misi bagi perjuangan Pas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Program PAS Kelantan PRU-13 di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh dekat sini, malam Selasa.

Majlis turut dihadiri Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Wan Nik berkata, tawaran itu ialah memperkasakan pembangunan rohani demi keberkatan dan keredaan Allah S.W.T, melaksanakan keadilan untuk semua rakyat kelantan, meningkatkan kemakmuran ekonomi rakyat secara adil dan saksama.

"(Selain itu) memajukan sosiobudaya berteraskan iman, ilmu dan amalan. Seterusnya pembangunan bandar dan wilayah serta merakyatkan hasil negeri Kelantan.

"Seterusnya, meningkatkan mutu taraf hidup masyarakat yang berkonsepkan masyarakat Madani, memakmurkan kehidupan sosial, harmoni dan berkebajikan serta pembangunan wanita dan anak muda Kelantan," katanya.

Beliau menambah, tawaran kesembilan itu ialah memperjuangkan hak rakyat negeri iaitu tuntutan royalti minyak dan gas.

"Di bawah tuntutan yang mempunyai tawaran selepas 23-sub itu adalah menerusi Pelan Pembiayaan Sumber Royalti Minyak dan Gas," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan