DAP Sabotaj PKR, Karier Politik Jui Meng Bakal Berkubur

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Subramaniam (empat dari kanan) melakukan tinjauan mesra di pekan Buloh Kasap, Selasa.
Subramaniam (empat dari kanan) melakukan tinjauan mesra di pekan Buloh Kasap, Selasa.

SEGAMAT: Usaha Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng merebut kerusi Parlimen Segamat semakin sukar apabila dikhianati sebahagian jentera DAP yang melakukan sabotaj terhadapnya sekali gus memberi isyarat awal karier politiknya bakal berkubur di daerah ini.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang juga penyandang kerusi tersebut berkata, pengkhianatan itu berlaku kerana DAP terpaksa menyerahkan kerusi tradisinya kepada PKR selain sentimen Jui Meng yang merupakan bukan anak tempatan.

"Kita boleh fahami (situasi ini). Ini boleh jadi satu sebabnya yang membuatkan jentera DAP berkecil hati kerana keputusan pemimpin DAP di peringkat negeri dan Pusat meminggirkan calon tempatan," katanya mengulas mengenai perbuatan itu yang disifatkan sebagai protes secara senyap terhadap pencalonan Jui Meng di situ.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan mesra bersama calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim dan calon kerusi DUNJementah, Datuk Dr. Lee Hon Tee di pekan Buloh Kasap, dekat sini, Selasa.

Katanya, PKR di daerah ini tidak mempunyai jentera yang kuat dan mereka terpaksa menggunakan khidmat petugas dari Batu Pahat dan Muar untuk membantu mereka termasuk dalam ceramah-ceramah parti itu.

Subramaniam berkata, secara luaran hubungan antara DAP dan PKR di Segamat seolah-olah seperti tiada apa-apa yang berlaku tetapi sebenarnya keadaan tersebut membuktikan sebaliknya.

Bagaimanapun katanya, ini tidak bermakna pihaknya bergantung dengan konflik antara kedua-dua parti pembangkang itu untuk menang kerana sokongan terhadap BN adalah berdasarkan rekod dan perkhidmatan.

Mengenai dakwaan Jui Meng menyatakan PKR akan cuba meraih undi kaum India Segamat, beliau berkata, tidak ada sebab untuk 4,600 pengundi India tersebut mahu mengundinya dan ia satu harapan yang sia-sia.

"Ini kerana saya adalah seorang menteri yang mewakili kaum India di Jemaah Menteri. Orang India takkan tidak mahu ambil kelebihan ini. Begitu juga dengan orang Cina Segamat, mereka merupakan masyarakat yang praktikal dan akan lihat calon yang boleh membantu mereka," katanya.

Beliau berkata, para pengundi boleh berfikiran secara rasional dalam memilih pemimpin kerana kerajaan sudah memperuntukkan lebih RM1 bilion untuk membawa projek-projek yang menyelesaikan masalah mereka di sini.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan