Tiga Pemandu Maut Nahas Jalan Raya

Diterbitkan: Selasa, 23 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tiga lelaki maut selepas terbabit dalam dua kemalangan berasingan di Jalan Utama di Bandar Rompin pada Isnin. Dalam kejadian itu, pemandu Perodua Viva, Lai Ngow Chin, 54, berasal dari Kampung Padang Jaya, Sungai Lembing dan pemandu lori balak, Tham Ah Fock, 59, berasal dari Melaka, maut di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang semalam itu Perodua Viva terbabit dalam perjalanan dari arah Rompin menuju Selendang.

"Di tempat kejadian, dipercayai Lai yang memandu laju telah masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori muatan kayu balak berkenaan.

"Kedua-dua mangsa yang parah di kepala dan bahagian badan mati di lokasi kejadian," katanya di sini, pada Selasa.

Dalam kejadian lain di km13 Jalan Jerantut-Padang Piol dekat Sungai Retang, Jerantut, seorang pemandu van, Khairi Abdul Wahab, 41, maut selepas kenderaannya merempuh sebuah lori.

"Dalam nahas 4 petang semalam itu, mangsa yang bekerja sendiri dan berasal dari Taman Sri Jaya, Jerantut dalam perjalanan dari arah Padang Piol menuju ke bandar Jerantut.

"Dipercayai semasa melalui sebuah selekoh di situ, mangsa telah termasuk laluan bertentangan lalu merempuh lori berkenaan," katanya.

Mohamed Fauzi berkata, pemandu van terbabit cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan