Muka Baru, Lama Wakili Pakatan Pembangkang Di Selangor, Dua Exco gugur

Diterbitkan: Jumaat, 19 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pakatan pembangkang Selangor malam Khamis mengumum sekali gus memperkenal calonnya untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang menggandingkan muka lama dan muka baru.

Sementara itu, dua anggota Exco Kerajaan Selangor digugur daripada senarai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok, yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Negeri, tidak mempertahan kerusi DUN Kinrara manakala Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu juga tidak bertanding di DUN Pandamaran pada PRU-13.

Kerusi Kok diambil alih Ng Sze Han manakala Pandamaran oleh Tan Pok Shyong, kedua-duanya muka baru dari DAP.

Pada kali ini, DAP banyak memperkenal muka baru di peringkat DUN iaitu Tiew Way Keng di Teratai, R. Rajiv di Bukit Gasing, Ng Tien Chee di Balakong, Yeo Bee Yin di Damansara Utama, V.Ganabatirau di Kota Alam Shah dan Loh Chee Heng di Teluk Datuk.

PKR pula memperkenal calon baru di peringkat DUN seperti Borhan Aman Shah (Dengkil), Lee Chin Cheh (Kajang), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Hamidi A Hassan (Semenyih), Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman (Kuang), K.Ramachandran (Batang Kali) dan Dr Idris Ahmad (Ijok).

Sementara itu, PAS mengekalkan calonnya, Dr Halimah Ali di Selat Klang, Iskandar Abdul Samad di Chempaka, Saari Sungib di Hulu Klang, Khasim Abdul Aziz di Lembah Jaya, Dr Ahmad Yunus Hairi di Sijangkang dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman di Meru.

Kerusi Gombak Setia yang dimenangi Dr Hasan Mohamed Ali, yang dipecat parti itu, pula diganti oleh Hasbullah Mohd Ridzwan.

Di peringkat Parlimen, muka baru ialah Dr Ong Kian Ming (DAP) di Serdang, Pengarah Strategik PKR Mohd Rafizi Ramli di Pandan, G. Manivanam (PKR) di Kapar, Dr Abdul Aziz Bari (PKR) di Sabak Bernam, Mohamad Rashdi Deraman (PAS) di Tanjung Karang, Mohamed Salleh M.Husin (PAS) di Sungai Besar dan Khalid Jaafar (PKR) di Hulu Selangor. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan