Fikir Panjang Sebelum Tukar Kerajaan - Subramaniam

Diterbitkan: Jumaat, 19 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Rakyat dinasihat supaya berfikir panjang sebelum cuba menukar kerajaan kerana tindakan itu bakal memberi kesan terhadap usaha kerajaan melakukan tranformasi negara.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata rakyat, terutama penduduk Segamat, perlu sedar jika mereka berbuat demikian, mereka bakal kehilangannikmat pembangunan, kestabilan dan keamanan dalam kehidupan seharian yang selama ini dirasai di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Jangan mudah melepaskan kawasan kita kepada orang lain yang belum tentu tahu selok-belok di sini. "Kerana sekali terlepas, bukan senang untuk mengambil semula kawasan tersebut," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian cek dan surat kelulusan projek badan bukan kerajaan (NGO) pada Khamis.

Pada majlis itu, Subramaniam menyerahkan cek peruntukan lebih RM1.8 juta kepada wakil penduduk untuk melaksanakan pembinaan serta penambahbaikan surau, masjid, sekolah dan pusat kegiatan masyarakat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap dan Jementah.

Beliau berkata jentera parti kini giat mempertingkat usaha meraih lebih banyak sokongan orang Melayu dan bukan Melayu di Parlimen Segamat serta kawasan sekitar agar mereka tidak mudah terpedaya dengan 'janji kosong' pakatan pembangkang.

Parlimen Segamat mempunyai 47,115 pengundi dengan 21,502 atau 45.64 peratuskaum Cina, Melayu (20,921 atau 44.4 peratus) dan India (4,629 atau9.96 peratus).

Sementara itu, Subramaniam melahirkan keyakinan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman mampu membenam Penasihat DAP Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata jika kemenangan berpihak pada BN, kesannya pasti dirasai sehingga ke Segamat, dan seluruh daerah di Johor kerana kemenangan itu adalah hasil usaha gigih BN mempertahan negeri berkenaan sebagai kubu kuatnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan