Tak Pernah Minat Sertai PAS - Calon BN Manjoi

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohamad Ziad Mohamed
Mohamad Ziad Mohamed

IPOH: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed berkata beliau tidak pernah berminat untuk menyertai PAS.

Beliau yang didakwa menjadi ahli PAS berkata hati dan jiwanya hanya untuk Umno dan BN.

"Saya tak pernah minat sertai PAS. Hati dan jiwa saya hanya dengan Umno.

"Saya akan berjuang bersama-sama Umno untuk agama, bangsa dan negara," katanya ketika ditemui mStar Online pada satu majlis dekat sini, Rabu.

Ziad yang akan bertanding buat pertama kali dalam pilihan raya umum berkata dakwaan tersebut mungkin timbul untuk melemahkan semangatnya.

"Mungkin pada pandangan mereka itu cara mereka untuk bunuh semangat saya.

"Saya tidak gentar berhadapan dengan calon PAS tersebut walaupun beliau merupakan orang yang agak terkenal di Malaysia...yang buat keputusan bukan orang-orang Malaysia tapi yang buat keputusan ialah pengundi-pengundi budiman yang berada di DUN Manjoi," katanya.

Ziad yang merupakan menantu kepada bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata tumpuan kini diberikan kepada kempen dan strategi untuk menambat hati penghuni.

Katanya, selain mahu berjumpa seramai mungkin penduduk beliau juga menganggap semua penduduk Tambun sebagai keluarga besarnya.

Beliau yang menyertai Umno pada 2002 juga berharap latar belakang agama memberi kelebihan kepadanya.

"Saya akan bergerak seperti mana kehidupan saya sebelum ini. Waktu solat saya akan bergerak ke surau atau masjid dan dengan izin Allah ini akan menambat hati jemaah dan pengundi," katanya.

Pada Rabu, Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS negeri Dr Raja Ahmad Iskandar mendakwa Ziad adalah ahli PAS tanpa disedari ahli Umno.

Beliau mendakwa Ziad menjadi ahli PAS sejak 1997 dan bergerak aktif di negeri itu.

Ziad akan berdepan calon PAS Asmuni Awi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan