Yahya Khatib Lawan Hadi Di Marang, BN Terengganu Pertaruh 18 Muka Baru

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yahya Khatib Mohamad.
Yahya Khatib Mohamad.

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan dan exco kerajaan negeri Datuk Yahya Khatib Mohamad akan menentang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Hampir separuh daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) di Terengganu terdiri daripad muka baru dengan 18 daripada 40 calon untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan bertanding buat pertama kalinya.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said akan mempertahankan kerusi DUN Kijal manakala bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh akan berpindah dari kerusi DUN Jertih ke Parlimen Besut.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman.

Calon tunggal MCA di Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw akan mempertahankan kerusi DUN Bandar yang disandangnya sejak 2004.

Di Kuala Terengganu, BN akan menurunkan muka baru, Zubir Embong, 49, yang juga merupakan timbalan ketua penerangan Umno negeri.

Datuk Che Mat Jusoh akan bertanding di Batu Buruk, kubu kuat PAS yang pernah ditandingi tetapi tewas pada pilihan raya umum 2004.

Berikut merupakan senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) Terengganu:

Kerusi Parlimen:

P33 Besut: Datuk Seri Idris Jusoh

P34 Setiu: Che Mohd Zulkifli Jusoh

P35 Kuala Nerus: Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri

P36 Kuala Terengganu: Zubir Embong

P37 Marang: Datuk Yahya Khatib Mohamad

P38 Hulu Terengganu: Datuk Jailani Johari

P39 Dungun: Rosli Mat Hassan

P40 Kemaman: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Kerusi DUN:

N1 Kuala Besut: Dr Abdul Rahman Mokhtar

N2 Kota Putera: Mohd Mahdi Musa

N3 Jertih: Mohd Pehimi Yusof

N4 Hulu Besut: Nawi Mohamad

N5 Jabi: Mohd Iskandar Jaafar

N6 Permaisuri: Mohd Jidin Shafiee

N7 Langkap: Sabri Mohd Noor

N8 Batu Rakit: Bazlan Abdul Rahman

N9 Tepuh: Muhammad Ramli Nuh

N10 Teluk Pasu: Datuk Abdul Rahin Mohd Said

N11 Seberang Takir: Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman

N12 Bukit Tunggal: Ismail Nik

N13 Wakaf Mempelam: Wan Mahyuddin Wan Ngah

N14 Bandar: Datuk Toh Chin Yaw

N15 Ladang: Wan Ahmad Farid Wan Salleh

N16 Batu Buruk: Datuk Che Mat Jusoh

N17 Alur Limbat: Alias Abdullah

N18 Bukit Payung: Zaidi Muda

N19 Ru Rendang: Nik Dir Nik Wan Ku

N20 Pengkalan Berangan: Abdul Latiff Awang

N21 Telemung: Rozi Mamat

N22 Manir: Yusof Awang Hitam

N23 Kuala Berang: Datuk Tengku Putera Tengku Awang

N24 Ajil: Razali Taib

N25 Bukit Besi: Rosli Mat Daud

N26 Rantau Abang: Datuk Za'abar Mohd Adib

N27 Sura: Zakaria Ali

N28 Paka: Matulidi Jusoh

N29 Kemasik: Rosli Othman

N30 Kijal: Datuk Seri Ahmad Said

N31 Cukai: Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid

N32 Air Putih: Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan