BN Kelantan Sasar Menang 23 Kerusi DUN, Lapan Parlimen

Diterbitkan: Isnin, 15 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan meletakkan sasaran untuk memenangi 23 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan daripada 14 kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perjuangan parti adalah menukar kerajaan di Kelantan untuk membawa perubahan bagi memastikan semua kembali bersatu dalam membela nasib rakyat.

"Pokoknya, perjuangan Umno, perjuangan Barisan Nasional untuk berkhidmat kepada rakyat, janji ditepati.

"Jadi, semua ahli Umno harus setia kepada perjuangan untuk bawa perubahan tukar kerajaan Kelantan, pertahankan Putrajaya dan mantapkan lagi kedudukan kita menjadikan sebuah pemerintahan yang kuat di Putrajaya.

"Oleh itu, saya menyasarkan 23 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen. Itu sasaran kita (di Kelantan)," katanya kepada pemberita di sini.

Ditanya mengenai kemungkinan PAS akan mengumumkan calon mereka lebih lewat daripada Umno yang akan mempengaruhi senarai calon parti diubah pada saat akhir, Mustapa berkata, pihaknya sudah memuktamadkanya.

"Apa yang datang daripada Pengerusi BN (Datuk Seri Najib Tun Razak) adalah muktamad, tiada perubahan," katanya.

"Kalau tunggu lama pun, pasti ada yang kecewa tapi kecewa selama 24 jam-lah," seloroh Mustapa.

Menurut Mustapa, cadangan senarai calon adalah di kalangan mereka yang baru dan lama.

"Ada tokoh-tokoh agama, teknokrat kerajaan, yang pencen dan macam-macamlah mewakili semua seperti pemuda, wanita.

"Jadi, cadangan kita meliputi semua pihak dan bukan tertumpu pada orang baru atau lama sahaja tetapi campuran," katanya.

Senarai calon BN Kelantan untuk PRU-13 dijangka akan diumumkan pada malam Isnin.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan