Bekas MB Umno Sertai PAS - Rencana | mStar

Bekas MB Umno Sertai PAS

Diterbitkan: Isnin, 15 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang bekas Menteri Besar daripada Umno dipercayai akan meninggalkan parti itu dan menyertai PAS.

Difahamkan bekas pemimpin Umno itu akan menyerahkan borang keahlian kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru, Kelantan dalam masa terdekat.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika dihubungi mengesahkan hasrat bekas Menteri Besar itu untuk menyertai PAS.

"Saya dihubungi sendiri oleh bekas MB (Menteri Besar) itu pagi tadi. Beliau menyatakan hasratnya untuk sertai PAS.

"Saya dengar sendiri hasratnya itu, beliau dengan yakin menyatakan minatnya untuk bersama dengan perjuangan PAS," katanya.

Bagaimanapun Salahuddin enggan mendedahkan negeri yang pernah diterajui bekas Menteri Besar itu.

"Saya hormati permintaan agar identitinya tidak didedahkan lagi, kita tunggu pengumuman rasmi mengenainya nanti," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

Bagaimanapun sumber dalaman PAS mendedahkan bahawa pemimpin yang dimaksudkan itu ialah Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Muhammad menjadi Menteri Besar Selangor, dari 1986 hingga 1997.

Beliau juga pernah dilantik menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dari Mac 2008 hingga April 2009.

Pada Perhimpunan Agung Umno 2009, beliau tercalon bagi jawatan Timbalan Presiden Umno namun tewas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan