Trend Heret Bekas Tentera Sertai Politik Tidak Sihat - Mukhriz

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Penglibatan secara langsung bekas pegawai tinggi angkatan tentera dalam politik khususnya di pihak pembangkang dikhuatiri boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, taktik pembangkang mempergunakan kumpulan berkenaan untuk kepentingan politik merupakan satu perkembangan yang tidak sihat.

"Trend baru ini yang digunakan pembangkang ini perlu ditolak kerana kita tidak mahu rahsia keselamatan dan ketenteraan negara bocor kepada musuh.

"Kadang-kadang mereka mengeluarkan kenyataan yang dianggap sebagai rahsia negara, sudah tentu nanti ia akan digunakan oleh musuh kita di luar," katanya ketika berceramah di Pentas Pemuda di sini.

Setakat ini pakatan pembangkang menamakan dua bekas pegawai tinggi angkatan tenteta sebagai calon mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei nanti.

Bagi kerusi Parlimen Baling di Kedah, PAS menamakan Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad sebagai calon manakala Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein diumumkan sebagai calon Parlimen Johor Baharu mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mengulas lanjut Mukhriz berkata, Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asean yang tidak mengamalkan kerajaan berasaskan ketenteraan.

Menurutnya Malaysia terbukti berjaya mengekalkan kestabilan negara apabila mengamal sistem pembentukan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan diwakili oleh orang awam.

"Kerajaan negara ini merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan bukannya melalui rampasan kuasa.

"Penglibatan bekas pegawai tertinggi dikhuatiri mencetuskan banyak masalah kerana kita tak dapat tahu apa kesannya nanti," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan