Palanivel 'Sakit Kepala' Pilih Siapa Calon MIC

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Seri G. Palanivel
Datuk Seri G. Palanivel

PETALING JAYA: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel sedang memuktamadkan kira-kira 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang diberikan kepada parti itu.

Bagaimanapun, seorang pegawai kanan MIC, berkata hanya nama calon bagi tiga kerusi Dun iaitu, Buntong, Hutan Melintang dan Tronoh sahaja yang telah ditentukan.

Setiausaha Pemuda MIC, C. Sivarraajh telah dipilih untuk bertanding di Buntong, yang mempunyai pecahan pengundi India paling ramai, dikalangan kerusi Dun.

Ia mempunyai 11, 320 pengundi India mewakili 49.42 peratus daripada 22, 907 pemilih daripada 10, 071 Cina dan 1, 337 orang Melayu.

Kerusi Buntong, yang sebelum ini merupakan kepunyaan MCA telah ditukar dengan Sungkai yang dimiliki oleh MIC.

Bagaimanapun, pilihan Palanivel bagi kerusi Hutan Melintang, ialah Pengerusi cawangan Melintang Maju, Dr M. Appalanaidu, 61 telah menimbulkan kebimbangan.

Ini kerana beliau pada awalnya dikatakan telah mencadangkan nama, Timbalan Pengerusi MIC negeri, Datuk R. Ganesan sebagai calon.

Ketua Penerangan MIC kebangsaan, S. Subramaniam yang telah bekerja keras diperingkat bahawa sejak tahun lepas, turut berharap agar namanya dipilih sebagai calon Hutan Melintang.

Terdapat empat kerusi Dun untuk MIC di Perak dan Johor, tiga di Selangor, dua di Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dan satu masing-masing di Melaka dan Pahang.

Sumber berkenaan berkata Palanivel telah mengenalpasti Timbalan Pengerusi MIC Pulau Pinang, L. Krishnan dan Setiausaha MIC negeri, M. Karupanan bagi kerusi Dun Perai dan Bagan Dalam, namun dua lagi iaitu, Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang, J. Dhinagaran dan Datuk Henry Benedict turut dipertimbangkan sebagai calon.

Di Sabai, bekas wakil rakyat selama tiga penggal, Datuk M. Davendran dijangka akan digantikan oleh Setiausaha MIC Pahang, R. Goonasakaren, yang merupakan pegawai khas kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, atau Ketua Pemuda MIC Pahang, K. Sivakumar.

Di Selangor, Ketua Pemuda MIC, T. Mohan dan bekas Adun ijok, K. Parthiban masing-masing, dijangka akan dipilih sebagai calon di kerusi Dun Sri Andalas dan Ijok, sementara Ketua MIC bahagian Serdang S. Rawisandran dijangka akan diletakkan di kerusi Batu Caves.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan