Cina Tidak Boleh Tadbir Malaysia - Mat Sabu

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

BALING: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan kuasa bagi memerintah negara tidak akan jatuh ke tangan masyarakat Cina sekiranya rakyat mengundi calon-calon pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Jelas beliau, jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada masyarakat Cina bertanding di kerusi Parlimen tidak akan membolehkan pemimpin daripada kalangan masyarakat itu dipilih menjadi Perdana Menteri.

Bercakap dalam satu ceramah di Kupang pada Khamis malam, Mohamad yang lebih dikenali dengan 'Mat Sabu' berkata, status quo jumlah wakil rakyat Cina dalam Parlimen tidak akan meningkat walaupun DAP dan MCA bergabung membentuk satu kerjasama politik.

"Kalau Pakatan Rakyat menang, Cina akan perintah Malaysia, betul macam tu?

"Cuma kita semua fikir, MCA lawan DAP, DAP lawan MCA...hanya salah satu menang, tak boleh dua-dua. Jadi tak ada pertambahan kerusi Cina dalam Parlimen," katanya di sini.

Berceramah di kawasan majoriti masyarakat Melayu, Mohamad menafikan tanggapan yang mendakwa pakatan pembangkang akan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada masyarakat Cina.

"Contohnya kerusi Parlimen Alor Setar, calon yang akan bertanding daripada PKR ialah Cina, yang nak lawan dengan MCA. Ertinya kalau Cina PKR menang, Cina MCA kalah.

"Jadi jumlah Cina dalam Parlimen tidak berubah. Walaupun DAP bersatu dengan MCA dan kononnya Cina akan perintah Malaysia...ia tak boleh berlaku sebab kerusi majoriti Cina dalam Parlimen tidak berubah, sama saja," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan