PKR Umum Calon Tanding Di Kuala Lumpur

Diterbitkan: Khamis, 11 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nurul Izzah Anwar akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU-13.
Nurul Izzah Anwar akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU-13.

KUALA LUMPUR: Tiada kejutan dalam senarai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan bertanding di Kuala Lumpur pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ceramah yang diadakan di sebuah padang bola sepak di Jalan Jujur, Bandar Tun Razak mengumumkan kebanyakan calon PRK di sini akan bertanding semula pada kali ini.

Bekas Timbalan Menteri dari Gerakan yang juga ahli jawatankuasa Pusat PKR, Tan Kee Kwong dipertaruhkan untuk merampas kerusi Parlimen Wangsa Maju yang dimenangi Wee Choo Keong yang merupakan anggota Malaysian Democratic Party, atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008.

Wee meninggalkan parti pada 2010 dan mengisytiharkan dirinya sebagai calon bebas yang dilihat memihak kepada Barisan Nasional (BN).

"Saya minta maaf mengenai Wee. Kami berkempen dengan kuat untuknya menang tetapi dia meninggalkan kami," kata Anwar.

Sementara itu, dua Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua (Batu) dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing.

Nurul Izzah kekal bertanding di Lembah Pantai, Tian Chua di Batu manakala Abdul Khalid di Bandar Tun Razak.

PKR berjaya memenangi empat daripada lima kerusi Parlimen yang ditandingi pada pilihan raya umum 2008.

Selepas tewas pada 2008, Ibrahim Yaacob akan mencuba nasib buat kali kedua di kerusi Parlimen Setiawangsa pada kali ini.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan