DAP Sah Tanding DUN Indera Kayangan, Titi Tinggi

Diterbitkan: Khamis, 11 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tan Kok Wai
Tan Kok Wai

ALOR SETAR: DAP akhirnya mendahului pakatan pembangkang di Perlis apabila mengumumkan bahawa mereka akan meletakkan calon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan dan Titi Tinggi pada pilihan raya umum akan datang.

Bagi kerusi DUN Titi Tinggi, DAP menamakan Pengerusi DAP Perlis, Teh Seng Chuan sebagai calon manakala setiausahanya bakal bertanding di DUN Indera Kayangan.

Timbalan Pengerusi DAP Nasional, Tan Kok Wai ketika mengumumkannya berkata, kedua-dua calon berkenaan merupakan pilihan terbaik bagi mewakili pakatan pembangkang di Perlis.

Sebelum ini difahamkan DAP dan sekutu mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing berbalah untuk merebut kerusi DUN Indera Kayangan.

PKR terlebih dahulu mengumumkan bahawa parti itu bakal meletakkan calon di kerusi berkenaan namun tidak menamakan sebarang calon.

Pengumuman DAP ini dibuat empat hari selepas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menamakan calon parti itu pada satu ceramah di Kangar Ahad lalu.

Difahamkan Anwar sepatutnya mengumumkan senarai calon mereka di Perlis termasuk bagi DUN Indera Kayangan.

Bagaimanapun beliau secara tergesa-gesa meninggalkan majlis selepas menyampaikan ucapan ringkas tanpa membuat sebarang pengumuman.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan