Najmuddin Tolak Tawaran Bertanding Atas Tiket Bebas

Diterbitkan: Rabu, 10 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Bekas anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau Datuk Mohd Najmuddin Elias menolak tawaran pihak tertentu untuk bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Penasihat Hal Ehwal Agama Islam kepada Menteri Besar Perak itu yang baru-baru ini mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada PRU13 mendakwa beliau menerima beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak tertentu yang mendesaknya bertanding atas platform bebas.

"Saya menolak apa saja tawaran dan sebagainya kerana pendirian saya masih seperti yang diumumkan pada minggu lepas," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Khamis lepas, beliau mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Batu Kurau kerana mahu menumpukan perhatian kepada hal ehwal agama Islam di Perak dan memberi laluan kepada muka baharu.

"Ada juga yang memujuk saya supaya bertanding atas tiket bebas dan sedia untuk sponsor dalam pilihan raya nanti," katanya.

Mohd Najmuddin berkata beliau kekal setia bersama Barisan Nasional (BN) dan tidak akan mengkhianati parti.

"Saya amat menghargai sokongan yang diberikan pengundi selama ini dan menyeru kepada mereka supaya menghormati pucuk pimpinan parti.

"Insya-Allah saya akan turun padang bersama-sama calon baharu untuk pastikan pengundi terus berpihak kepada BN," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Najmuddin mempertahankan kerusi DUN Batu Kurau dengan 7,023 undi, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat Hamid Ali yang memperoleh 4,584 undi.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan