Zamil Ibrahim Umum Tanding DUN Sidam

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Zamil Ibrahim
Zamil Ibrahim

ALOR SETAR: Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sidam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Menurut Zamil, beliau yakin dapat memberikan saingan sebagai 'kuasa ketiga' dalam sistem politik di negara ini terutama bagi memberi pilihan yang terbaik kepada rakyat untuk menentukan pemimpin mereka.

"Saya yakin rakyat perlu diberikan pilihan yang lebih baik...oleh itu saya percaya 'third force' atau kuasa ketiga mampu diwujudkan," katanya pada sidang media di Bangunan Persekutuan di sini, Selasa.

Kerusi DUN Sidam yang terletak dalam Parlimen Sungai Petani kini sebelum ini disandang, Tan Show Kang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas menewaskan Datuk Fong Chok Gin daripada Barisan Nasional (BN) pada PRU 2008.

Selain itu pada sidang media yang sama Zamil turut mendakwa terdapat sekumpulan exco kerajaan negeri Kedah dan bekas wakil rakyat daripada PKR dan PAS yang tidak dicalonkan semula bertanding pada PRU kali ini menyuarakan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas.

Dakwa beliau, kumpulan berkenaan mahu bertanding sebagai calon bebas kerana kecewa dengan kepimpinan parti masing-masing terutama dalam soal pemilihan calon.

Berdasarkan perkembangan itu, Zamil berkata beliau mahu menubuhkan gabungan yang terdiri daripada calon-calon bebas yang menawarkan diri bertanding pada PRU nanti khususnya di Kedah.

"Saya sedia menawarkan laluan kepada mereka yang mahu bertanding sebagai calon bebas... kita ke hadapan sebagai satu gabungan yang kukuh.

"Kalau ramai calon bebas sertai gabungan ini...tidak mustahil agar wakil bebas akan bertanding di kesemua 36 kerusi DUN yang ada di Kedah," katanya.

Sebagai permulaan Zamil membeli sebanyak 15 borang pencalonan bagi kerusi DUN dan lima borang bagi kerusi Parlimen.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan