PRU13: PAS Mahu Jadi Parti Dominan

Diterbitkan: Isnin, 8 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAS dilihat cuba menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat dengan bertanding 76 kerusi Parlimen.
PAS dilihat cuba menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat dengan bertanding 76 kerusi Parlimen.

ALOR SETAR: PAS sedang mempersiapkan dirinya untuk menjadi parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat, dengan mencari peluang untuk bertanding lebih satu pertiga daripada 222 kerusi Parlimen.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan parti itu akan bertanding 76 kerusi Parlimen dan rundingan masih diadakan bagi membolehkan parti itu bertanding sejumlah 237 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada pilihan raya umum 2008, PKR bertanding di 97 kerusi Parlimen yang merupakan kerusi terbanyak dalam Pakatan Rakyat dan mereka memenangi 31 daripadanya.

Calon PAS bertanding di 66 kerusi Parlimen dan menang 23 daripadanya sementara DAP bertanding di 47 kerusi dan menang 28 kerusi.

Di peringkat negeri, PAS bertanding di kerusi paling banyak iaitu 232, sementara PKR 171 dan DAP dengan 102 kerusi.

Sekiranya parti itu mendapat ruang yang lebih besar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), PAS akan bertanding di 10 kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN tambahan.

"Kami tidak akan melepaskan sebarang kerusi tetapi kami sedia bertukar kerusi," katana ketika ditanya sama PAS bersedia untuk melepaskan sebarang kerusi di Kedah kepada DAP berikutan perbincangan dengan PKR yang masih menemui jalan buntu.

Hadi, yang berada di Kedah untuk melancarkan manifesto Pakatan Rakyat pada malam Sabtu mengesahkan PAS sudah pasti tidak akan bekerjasama dengan 'syaitan' yang mereka kenal.

Ditanya sama ada beliau menyamakan Umno dengan 'syaitan', Hadi berkata dia hanya mengulangi sebahagian daripada ungkapan yang seringkali digunakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa pengundi menyokong Barisan Nasional.

Hadi turut menolak bantahan yang dikemukakan oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berhubung cadangan untuk membenarkan DAP menggunakan lambang parti itu pada pilihan raya umum kali ini.

"DAP dibenarkan menggunakan logo PAS atas dasar sikap saling memahami," katanya sambil menambah bahawa Nasharudin tidak mempunyai hak untuk mengutarakan pandangannya kerana dia hanya seorang ahli biasa dan tidak mendapat akses perkembangan terkini dalam parti itu.

Terdahulu, Hadi berkata senarai calon PAS telah 99 peratus selesai, sambil menambah calon mereka akan diumumkan sebelum Barisan Nasional (BN) mengumumkan senarai mereka.

BN dijadual akan mengumumkan calon mereka Rabu ini.

Hadi dilaporkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang, sementara Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din mungkin bertanding kerusi Parlimen Arau.

PAS telah mengesahkan bahawa mereka akan mengekalkan Khalid Samad di Shah Alam, Dr Siti Mariah Mahmud di Kota Raja dAN Siti Zailah Mohd Yusof di Rantau Panjang.

Beberapa Ahli Parlimen turut dijangka akan mengekalkan kerusi masing-masing adalah, Datuk Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Datuk Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

PAS juga dijangka akan meletakkan Brigadier Jen (B) Datuk Najmi Ahmad di Baling, Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi di Titiwangsa, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi di Temerloh dan Mohd Nasir Zakaria di Padang Terap.

Mohd Khairuddin Aman Razali dilaporkan akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Nerus, di Terengganu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula dijangka akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang sementara Naib Presidennya, Salahuddin Ayub dikatakan akan bertanding di kerusi Pulai di Johor.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan