Pemimpin Umno Bertenaga, Berwawasan - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 5 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muhyiddin (tiga, kanan) beramah mesra dengan orang ramai selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Madrasah Islahniah Addiniyah Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur pada Jumaat. FotoBERNAMA
Muhyiddin (tiga, kanan) beramah mesra dengan orang ramai selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Madrasah Islahniah Addiniyah Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur pada Jumaat. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) bukanlah parti tua seperti yang didakwa oleh pembangkang tetapi memiliki kepimpinan yang lebih bertenaga dan berwawasan, kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Mereka (pembangkang) menggunakan slogan seperti ubah dan tukar tetapi pemimpin kita lebih berpengetahuan luas.

"Walaupun Barisan memerintah selama 55 tahun, ia tidak tua. Pemimpin kita sentiasa berubah dan kita lebih bertenaga, berwawasan dan berkebolehan berbanding sebelum ini," kata Muhyiddin selepas menunaikan solat Jumaat di Madrasah Islahiyah Addiniyah di Wangsa Maju di sini.

Lebih penting, katanya, pemimpin BN tahu apa yang rakyat inginkan tanpa mengira bangsa.

"Kita boleh meneruskan pelbagai bantuan yang berkesan untuk rakyat," katanya yang mengambil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai contoh.

Muhyiddin berkata sekiranya BN menang semula, BR1M akan diteruskan dan bantuan tersebut mungkin akan dinaikkan daripada RM500 yang sedia ada.

Beliau menggesa rakyat menunaikan hak mengundi dan mengingatkan mereka bahawa nasib negara merupakan tanggungjawab mereka.

Muhyiddin turut menggesa rakyat untuk memberikan mandat baru kepada BN bagi memastikan mereka dapat meneruskan dasar menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

Pada majlis itu, kira-kira 50 individu berkumpul di luar sekolah agama itu dengan memegang sepanduk menyokong Datuk Shafei Abdullah sebagai calon BN untuk kerusi Parlimen Wangsa Maju.

Mengulas mengenai perkara itu, Muhyiddin berkata 'Terdapat sepanduk di hadapan saya. Saya boleh melihat mesej itu amat jelas."

"Sekiranya Datuk Shafei adalah calon (untuk Wangsa Maju), itu pun ok," katanya.

Beliau berkata, sebenarnya sesiapa calon BN adalah ok selagi parti menang.

Muhyiddin turut menyerahkan bantuan berupa wang tunai kepada penduduk berhampiran Kampung Puah di mana rumah mereka musnah akibat kebakaran baru-baru ini.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan