Inspirasi Bubar Parlimen Selepas Genap Empat Tahun Sebagai PM

Diterbitkan: Rabu, 3 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Spekulasi mengenai tarikh pembubaran Parlimen tamat pada tanggal 3 April setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen, Rabu.

Sama ada kebetulan atau sengaja tarikh ini dipilih, Perdana Menteri mendapat inspirasi membubarkan Parlimen apabila genap empat tahun beliau dilantik secara rasmi memegang jawatan tersebut.

Najib telah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pagi Rabu untuk pembubaran Parlimen ke-13.

Ketika membuat pengumuman, beliau ditemani timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil dihadiri menteri-menteri Kabinet.

Dengan pembubaran ini, Najib dalam ucapan secara langsungnya berkata beliau akan mendekati dan meyakinkan rakyat agar sekali lagi diberi mandat mentadbir negara pada penggal seterusnya.

"Mulai hari ini saya akan turun bertemu rakyat bagi meyakinkan mereka kenapa kami BN perlu diberi majoriti kukuh.

"Dalam pilihan raya ini, anda bertanggungjawab memilih kerajaan yang mampu mendukung aspirasi semua rakyat Malaysia," katanya.

Berbeza dengan pembubaran Parlimen terdahulu yang dibuat 15 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh penggal lima tahunnya, pengumuman bagi memberi laluan pilihan raya kali ke-13 ini dibuat 27 hari sebelum tamat penggal.

Ini bermakna, Perdana Menteri berpendapat bahawa waktu ini mungkin merupakan waktu terbaik untuk memberi laluan kepada pilihan raya kerana sebelum ini beliau pernah berkata hanya akan membubarkan Parlimen apabila semua pihak sudah bersedia.

Beliau yang sebelum ini sering ditanya tentang bayangan tarikh pembubaran Parlimen atau bila pilihan raya akan dipanggil akan memberi jawapan yang sukar diduga.

Apa yang pasti, jawapan yang diberikan menggambarkan beliau tidak mahu terburu-buru membubarkan Parlimen selagi tidak dapat meyakinkan rakyat tentang dasar dan hala tuju kerajaan Barisan Nasional (BN).

Salah satu jawapan yang pernah diberikan kepada wartawan ialah: "Dekat dah, dekat dah, buat kerja dulu, jangan bimbang".

Kini, segalanya sudah terjawab dan debaran kini beralih kepada pengumuman tarikh penamaan calon seterusnya tarikh pilihan raya umum ke-13 pula.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menunggu surat rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri sebelum mengadakan mesyuarat bagi penetapan tarikh penamaan calon dan pilihan raya.

Difahamkan, manifesto BN akan dibentangkan pada 6 April ini di Stadium Bukit Jalil.

Mengikut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen. Bagaimanapun, selepas pilihan raya umum 1969, proses demokrasi itu berlangsung dalam tempoh 16 hingga 20 hari sahaja.

SPR memberi jaminan memberikan sekurang-kurangnya 11 hari tempoh berkempen untuk pilihan raya kali ini.

SPR dalam kenyataannya sebelum ini berkata 90 peratus bersedia untuk pilihan raya dengan semua peralatan, kemudahan, kakitangan dan sukarelawan suruhanjaya yang kini terlatih.

Dakwat kekal yang akan digunakan untuk kali pertama pada pemilihan akan datang juga telah tiba di Malaysia dan sedang disimpan di dalam bilik yang berhawa dingin untuk mengekalkan kualiti 210,000 botol dakwat.

Sejumlah 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini manakala 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan di peringkat negeri.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan