Pemenang Utama Kisahku Almera Dari Sarawak Raih RM20,000

Diterbitkan: Isnin, 11 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Desmond bersama cek replika hadiah utama yang dimenanginya.
Desmond bersama cek replika hadiah utama yang dimenanginya.

PERADUAN 'Kisahku Almera' yang berakhir pada 21 Oktober lalu ternyata mendapat sambutan menggalakkan.

Peraduan yang dianjurkan oleh Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dengan kerjasama The Star Online ini bermula sejak 1 Oktober lalu merupakan usaha terbaharu Nissan berhubung dengan audien sosial muda, turban dan pintar dengan dunia digital.

Para peserta hanya perlu mengunjungi microsite peraduan dalam The Star Online, tonton tiga video tersebut dan kemudian menjawab tiga soalan berkaitan setiap video dengan tepat untuk mendapat markah.

Video yang dipaparkan itu mengisahkan hidup seorang pemuzik yang sedang meningkat naik, Eddy yang dalam masa cuba mengimbangi cita-cita bersama kumpulan muzik dan juga mengenai kekasihnya, Siti.

Kisah yang menyentuh hati itu memberi inspirasi kepada penonton untuk merenung apa yang paling penting dalam kehidupan,dan seterusnya apakah yang perlu diberi keutamaan.

Dalam masa sama, ketiga-tiga video ini turut memaparkan kaitan Nissan Almera seperti ruang kaki dan saiz but yang luas, sistem kemasukan tanpa kunci, (i-key untuk membuka pintu atau but kereta), butang push-start dan aplikasi Bluetooth ke dalam jalan cerita yang menarik minat penonton supaya lebih berhubung dengan kempen tersebut.

Video terakhir pula sangat interaktif kerana orang ramai diberi peluang untuk menentukan nasib pasangan kekasih itu sama ada berakhir dengan jalan cerita yang gembira mahupun sebaliknya.

Markah tambahan diberikan kepada para peserta yang berkongsi video berkenaan di laman Facebook masing-masing dengan seramai mungkin rakandan menjemput mereka menyertai peraduan yang sama.

Idea kreatif peraduan ini memberi peluang kepada orang ramai bukan sahaja mengenali dengan lebih dekat Almera, tetapi juga mampu membuat penilai tersendiri mengenai video-video yang dipaparkan.

Desmond Ling Chung Wei dari Sarawak menjadi peserta bertuah selepas dipilih sebagai pemenang utama peraduan ini sekaligus membawa balik hadiah wang tunai bernilai RM20,000.

Pemenang tempat kedua, Halimah Binti Bachik dari Perak membawa pulang wang berjumlah RM5,000, dan ketiga Nuzul Haqimi bin Ismail menerima RM 3,000 (Perak).

Manakala tempat keempat yang diraih peserta dari Pulau Pinang, Muhamad Mustafa bin Abdul Hamid menerima RM1,500.

Sementara itu, seramai tujuh orang peserta bertuah memenangi hadiah sagu hati bernilai RM500.

Para pemenang menerima hadiah masing-masing pada satu majlis penyampian hadiah di Menara Star pada 7 November 2013 yang dihadiri oleh Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk David Chen, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star Datuk Seri Wong Chun Wai serta Pengarah Pemasaran Dan Perancangan Produk, Tan Keng Meng.

Nissan Almera merupakan kereta dalam segmen B yang paling laris di pasaran.

Ia menampilkan ruang kabin dan ciri yang mendahului kelasnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai model-model Nissan di Malaysia, sila layari laman web: www.nissan.com.my

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan