suria

Pelbagai Jenis Hartanah Jadi Rebutan Pada The Star KL Property Fair 2013

Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Arpah Abdul Razak diberikan taklimat oleh Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran Eco World, Evo Yap (tiga dari kiri) pada The Star Property Fair 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat. Turut hadir, Datuk Seri Wong Chun Wai (kanan)

KUALA LUMPUR: The Star KL Property Fair 2013 memberikan lebih banyak pilihan kepada pembeli rumah serta pelabur yang berminat dengan pelbagai jenis rumah banglo, kondominum mahupun unit komersil dengan lebih 50 pempamer mengambil bahagian dalam ekspo berkenaan.

Antara pempamer terbesar yang menyertai ekspo berkenaan ialah SP Setia, syarikat ini menawarkan 10 projek perumahan dan komersil baru di dalam dan luar negara.

Projek yang ditawarkan termasuklah KL Eco City di Kuala Lumpur, Setia Eco Glades di Cyberjaya dan Setia Ecohill di Semenyih.

Bagi projek di luar negara pula, kediaman mewah di Eco Santuary di Singapura dan projek pansapuri di Battersea Station, London.

Antara pemaju lain yang turut mengambil bahagian dalam ekspo berkenaan ialah Tropicana Corp, yang turut mempamerkan beberapa projek pangsapurinya du Tropicana Metro Park, Subang dan kawasan perumahan sederhana mewah di Tropicana Macalister di Pulau Pinang.

Bagi pelajar jurusan undang-undang Nicolas Fung, 23 dan Chai Shi Ying,23 mereka merupakan antara pembeli rumah kali pertama yang sedang mencari aset sulung mereka di ekspo berkenaan.

"Harga hartanah meningkat terlalu cepat. Jadi saya mahu membeli rumah secepat mungkin.

"Saya akan menggunakan wang simpanan saya serta mendapatkan bantuan daripada kedua ibu bapa untuk membeli rumah berkenaan," katanya.

Bagi pasangan baru berkahwin, Pengurus pengedaran, Suresh Kumar, 34 dan Shalini Nathan, seorang pramugari berusia 33 tahun pula mereka pergi ke ekspo berkenaan untuk membeli rumah pertama mereka.

"Kami telah mencari rumah sejak empat bulan lalu. Setakat ini, agak sukar untuk mendapatkannya kerana harga rumah terlalu tinggi.

"Rumah yang mampu dimiliki terlalu jauh daripada bandar dan kami perlu menghabiskan masa berjam-jam memandu daripada rumah ke pejabat," katanya.

Artikel Berikut

Petanda Yang Bahaya

Artikel Lain