Star Cruises Mula Pelayaran Sulung Dari Kota Kinabalu

Diterbitkan: Rabu, 6 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syarikat pelayaran utama Asia Pasifik, Star Cruises pada Rabu memulakan operasi menerima pelancong di pangkalan Kota Kinabalu mulai 6 November ini hingga 30 Mac depan. - FotoBERNAMA
Syarikat pelayaran utama Asia Pasifik, Star Cruises pada Rabu memulakan operasi menerima pelancong di pangkalan Kota Kinabalu mulai 6 November ini hingga 30 Mac depan. - FotoBERNAMA

KOTA KINABALU: Industri pelancongan Sabah dijangka terus melonjak dengan pelancaran pakej percutian hebat di atas kapal mewah Superstar Aquarius milik syarikat pelayaran terkemuka, Star Cruises.

Pelancaran pelayaran sulung dari sini bermula Rabu hingga 30 Mac depan yang menawarkan pelayaran ke Brunei dan Bintulu, Sarawak selama empat hari tiga malam, berlepas pada setiap Ahad.

Berucap pada majlis perasmian di Pelabuhan Sabah,Teluk Likas di sini Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun menyambut baik usaha Star Cruises memperkenalkan pakej itu yang mampu meningkatkan kemasukan pelancongan asing khususnya dari Taiwan, Hong Kong dan China.

"Kira-kira 94 peratus kedatangan pelancong ke Sabah adalah menerusi udara dan dengan adanya perkhidmatan Star Cruises di Sabah, ia pasti dapat melonjakkan lagi jumlah kedatangan pelancong.

"Sejak sembilan bulan lepas sehingga kini, jumlah kedatangan pelancong ke Sabah mencatatkan rekod dua kali ganda dan saya yakin menjelang hujung tahun ini sektor pelancongan di Sabah mampu mencapai angka perkembangan yang di luar jangkaan," katanya.

Masidi berkata kedatangan pelancong dari negara Asia seperti Taiwan, Hong Kong dan China mencatatkan rekod yang memberangsangkan tahun ini iaitu 87 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Star Cruises William Ng berharap penggunaan pangkalan Star Cruises di Kota Kinabalu juga berupaya menjadi hab antarabangsa bagi menambah lebih banyak laluan ke destinasi baharu di masa depan.

"Saya sangat yakin, dengan adanya Star Cruises di sini ia akan membawa lebih banyak pelancong domestik dan antarabangsa ke Sabah," katanya.

Kapal seberat 51,309 tan itu dengan kapasiti 1,500 penumpang pada satu-satu masa menyajikan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seperti spa, salun kecantikan, kedai, kolam renang, gelanggang sukan dan restoran. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan