Carey Ng Peraga Pakaian Songket Di Pertandingan Miss Universe

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Carey Ng
Carey Ng

KUALA LUMPUR: Ratu Cantik Malaysia 2013, Carey Ng akan mempamerkan keunikan songket Terengganu pada pertandingan Ratu Cantik Dunia (Miss Universe) ke-62 di Moscow, Russia bulan depan.

Busana songket hitam dengan motif flora diberi nama 'The Princess of Perak' itu adalah hasil ciptaan pereka fesyen terkenal Syomir Izwa, yang mengambil masa lebih tiga bulan untuk menyiapkannya.

Ng, 23, akan mengenakan 'The Princess of Perak', yang mengandungi baju, seluar dan sampin bagi kategori Pakaian Kebangsaan Terbaik pada peraduan tersebut.

Syomir berkata beliau amat gembira apabila Penasihat dan Mentor Pageant Elaine Daily memintanya terlibat dengan projek itu kerana ia memenuhi impiannya selama ini untuk mempamerkan budaya dan warisan Malaysia kepada dunia.

"Saya guna 12 meter songket dengan kos keseluruhan RM25,000 kerana sebahagian songket yang digunakan adalah jenis vintaj dan sebahagian lagi ditempah khas," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, Khamis. Menurut Syomir, beliau menggunakan tiga jenis songket iaitu songket jalur bunga tanjung untuk baju, songket bunga tabur (untuk seluar) dan songket bunga penuh (untuk sampin).

Syomir berkata beliau tertarik dengan pakaian tradisional Perak dan memilih fesyen itu kerana beliau dilahirkan di Ipoh, Perak.

"Jika kita lihat di negeri lain, semua pakaian tradisional wanitanya mengandungi kain sarung, berbeza dengan wanita Perak, yang memakai seluar panjang.

Sementara itu, Ng berkata beliau amat menyukai pakaian itu dan menyifatkannya sebagai pakaian tradisional yang mempunyai kelainan daripada segi fesyen serta mudah dipakai. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan