suria

Setem Khas Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia

Shabery Cheek menunjukkan setem 50 Tahun Malaysia dan sampul surat Hari Pertama.- FotoBERNAMA
Shabery Cheek menunjukkan setem 50 Tahun Malaysia dan sampul surat Hari Pertama.- FotoBERNAMA
Shabery Cheek menunjukkan setem 50 Tahun Malaysia dan sampul surat Hari Pertama.- FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad pada Rabu mengeluarkan Setem Kenang-kenangan dan Sampul Surat Hari Pertama sempena menyambut ulang tahun pembentukan Malaysia ke-50.

Ia dilancarkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di ibu pejabat Pos Malaysia di sini.

Menurut kenyataan Pos Malaysia, koleksi itu mempunyai setem khas yang menggambarkan peta Malaysia berlatar belakangkan bendera Malaysia serta imej potret Perdana Menteri pertama Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Sementara, sampul Surat Hari Pertama menampilkan gambar bersejarah majlis pengisytiharan Malaysia.

Setem ini boleh didapati dalam satu reka bentuk, berukuran 50mm x 30mm berharga denominasi 60 sen dan akan dijual pada harga RM12 setiap helaian mengandungi 20 setem, menurut kenyataan itu.

Sampul surat Hari Pertama berharga 50 sen setiap satu pula boleh dibeli di semua cawangan Pos Malaysia.

Menurut kenyataan itu, pengumpul setem dinasihat agar membuka Akaun Pesanan Tetap (SODA) untuk menikmati kemudahan menerima setem dan produk filateli lain tanpa perlu beratur panjang di pejabat pos.

"Di samping itu, pelanggan kini boleh menikmati kemudahan Filateli Online di www.posonline.com.my untuk membuka akaun SODA, menambah nilai serta menyemak baki akaun SODA dan mengemas kini butiran peribadi," menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman web di www.pos.com.my, melawat pejabat pos yang terdekat atau Unit Setem dan Filateli di Tingkat 1, Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi atau hubungi 03-2274 1122 sambungan 6656.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Oh! Kita Yang Mudah Terpedaya

Artikel Lain