suria

Blackberry Z30 Di Pasaran Malaysia 5 Oktober

BlackBerry Z10 berada di pasaran sejak awal tahun ini.
BlackBerry Z10 berada di pasaran sejak awal tahun ini.
BlackBerry Z10 berada di pasaran sejak awal tahun ini.

KUALA LUMPUR: Malaysia merupakan satu dari dua negara di Asia Pasifik yang akan melancarkan Blackberry Z30 baharu pada 5 Oktober 2013.

Pengarah Urusan Blackberry Malaysia Annamalai Muthu berkata model Blackberry Z10 sebelumnya menerima sambutan baik daripada orang ramai yang menjadikannya peranti paling berjaya syarikat yang pernah dilancarkan berbanding telefon pintarnya sebelum ini.

Beliau berkata Celcom akan menjadi syarikat telekomunikasi pertama yang akan menjual Z30 secara eksklusif selama 15 hari bermula 5 Oktober.

"Kami mempunyai perkongsian rapat dengan Celcom dan beberapa (syarikat telekomunikasi lain) dan kami menumpukan kepada kecekapan runcit bagi memastikan kedai-kedai berusaha keras untuk menjadikan produk itu berjaya," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Z30, di sini, Rabu.

BlackBerry Z30, yang tersedia dalam warna hitam dan putih berharga RM1,998. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Oh! Kita Yang Mudah Terpedaya

Artikel Lain