suria

Rusa Sambar Bantu Tingkat Populasi Harimau

Spesies rusa sambar perlu dilindungi sepenuhnya.
Spesies rusa sambar perlu dilindungi sepenuhnya.
Spesies rusa sambar perlu dilindungi sepenuhnya.

PETALING JAYA: Satu kajian saintifik menemui wujud hubungan langsung di antara rusa sambar dan populasi harimau yang membawa kepada pengisytiharan bahawa rusa sambar adalah spesies terlindung atau menghadapi risiko kepupusan di Semenanjung Malaysia.

"Kawasan di mana terdapat lebih banyak rusa sambar maka terdapat lebih banyak harimau di situ. Ia amat jelas bahawa bilangan harimau adalah tiga kali ganda lebih tinggi di Taman Negeri Royal Belum di mana populasi rusa sambar juga jauh lebih banyak," kata ahli biologi harimau bagi Dana Hidupan Liar Sedunia-Malaysia (WWF-Malaysia), Dr Mark Rayan Darmaraj.

Darmaraj berkata hubungan di antara kedua-dua spesies itu merupakan salah satu penemuan penting dalam kajian PhD beliau selama empat tahun yang dijalankan di Kompleks Hutan Belum-Temengor.

Rusa sambar adalah haiwan pemangsa pilihan terbesar harimau, katanya.

Darmaraj berkata rusa lebih cenderung untuk berada di kawasan yang jauh dari populasi dan penempatan manusia.

Beliau percaya Malaysia boleh meningkatkan populasi harimau menjelang 2020 di beberapa kawasan tetapi menegaskan populasi haiwan pemangsa seperti rusa sambar juga perlu ditingkatkan.

Pakar menganggarkan terdapat kira-kira 500 ekor harimau di Semenanjung Malaysia tetapi kajian Darmaraj membayangkan bilangan haiwan itu hanya mencecah 300 hingga 400 ekor.

Pakatan Pemuliharaan Harimau Malaysia (MYCAT) memberi amaran bahawa kewujudan rusa sambar amat penting untuk merealisasikan matlamat menyelamatkan harimau.

Pertubuhan itu menggesa spesies tersebut dilindungi sepenuhnya dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

"Perlindungan sepenuhnya bermaksud tiada aktiviti memburu atau perdagangan. Di bawah akta itu, jika seseorang didapati memburu atau menyimpan hidupan luar yang dilindungi, dia boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM300,000 atau kedua-duanya sekali," kata Pengurus Besar MYCAT, Dr Kae Kawanishi.

Spesies rusa sambar menghadapi risiko kepupusan di Semenanjung kerana aktiviti memburu untuk mendapatkan dagingnya dan sudah lenyap dari beberapa hutan terlindung di negara ini.

Terdapat penangguhan selama enam tahun untuk kegiatan memburu rusa sambar sejak 2009 tetapi saintis tidak menemui bukti berhubung pemulihan populasi haiwan itu.

Artikel Sebelum

Penentangan Yang Histerikal

Artikel Berikut

Artikel Lain