Sengatan Obor-Obor Boleh Bawa Maut

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sengatan obor-obor boleh mendatangkan kecederaan dan kematian.
Sengatan obor-obor boleh mendatangkan kecederaan dan kematian.

KUALA LUMPUR: Pada awal Februari 2010, seorang pelancong wanita dari Sweden yang sedang bercuti di Langkawi mati di sengat obor-obor atau ampai-ampai ketika berenang di Pantai Cenang.

Menurut laporan media, Carina Löfgren sedang menuju untuk kembali ke pantai bila dia disengat obor-obor hanya beberapa meter dari pantai.

Suaminya Ronny Lofgren dilaporkan sebagai berkata: "Carina berada hampir satu meter di depan saya semasa kejadian itu.

"Airnya bukanlah dalam sangat, hanya paras peha saya. Tiba-tina dia (Carina) menjerit dan memegang pehanya. Kami mengesyaki dia disengat obor-obor.

"Bila berada di samping Carina, kami cuba mencabut sesungut dari kakinya dan berjaya melakukan dalam beberapa saat tetapi beliau kemudian jatuh pengsan."

Menurut laporan media juga, suami dan adik lelaki Carina telah membawa mangsa keluar dari air.

Adikya cuba membantu Carina dengan memberi rawatan kecemasan termasuk pernafasan dari mulut ke mulut dan resusitasi kardio pulmonari (CPR).

"Beliau (adik carina) telah mencuba CPR selama empat hingga lima minit,"

"Carina mati dalam pelukan saya," cerita Ronny dengan penuh kesedihan dalam laporan media itu.

Menurut laporan media itu juga, ambulans tiba tidak sampai 15 minit dan kakitangan paramedik memberitahu Ronny bahawa sudah agak terlewat untuk menyelamatkan Carina.

TANPA TULANG BELAKANG

Menurut pakar-pakar biologi marin (laut), ampai-ampai kotak adalah sekumpulan hidupan invertebrata (tanpa tulang belakang) yang tergolong dalam kumpulan Cubozoa.

Satu daripada hidupan jenis ini yang paling bahaya ialah Chironex fleckeri yang dikenali juga sebagai 'tebuan laut'.

Pakar-pakar menyatakan Chironex Fleckeri dijumpai di lautan sekeliling Australia dan spesimen jenis itu mempunyai venom yang cukup bagi membunuh 60 orang dewasa.

"Organisme ini adalah kecil dan lutcahaya membuatkan ia sukar kelihatan," jelas seorang penyelam skuba veteran, Steven Martyn, yang ditemui di sebuah hospital di sini.

Kegagalan jantung dikenalpasti sebagai penyebab utama kematian bila mangsa disengat 'tebuan laut' dan kerapkali dalam kes seumpama itu kematian dilaporkan berlaku dengan begitu cepat," kata Martyn.

DESTINASI PERCUTIAN

Bagi Martyn, adalah penting untuk mengetahui tentang wujud atau tidaknya obor-obor di pantai resort di destinasi percutian yang dikunjungi.

"Ada diantara destinasi percutian popular meletakkan jaring bagi memerangkap obor-obor tetapi ia hanya berjaya memerangkap obor-obor yang besar manakala yang kecil dapat meloloskan diri," kata beliau.

Ada laporan mengenai mereka yang berenang disengat dan gagal kembali ke pantai dan sebab kematian adalah kegagalan jantung akibat disengat obor-obor.

Jikapun sempat kembali ke pantai, mangsa perlu mendapatkan segera bantuan perubatan, kata Martyn.

SESUNGUT

Menurut ensiklopedia mengenai hidupan marin, sesungut obor-obor mempunyai ratusan sel penyengat yang dikenali sebagai nematocysts.

Nematocysts melindungi obor-obor daripada pemangsa (predator) dan digunakan bagi menyengat hidupan kecil yang lain.

Bergantung kepada spesies obor-obor, sentuhan kepada sel penyengat ini boleh membawa kecederaan dan kematian.

Kesannya berbeza dari gatal-gatal, sakit yang sedikit dan kecil kepada jenis yang 'pedih dan berapi' selain boleh menyebabkan iritasai kulit seperti kulit melepuh selain menimbulkan kesukaran pernafasan, serangan jantung dan kematian.

Samada sengatan daripada obor-obor menjadi toksik bergantung kepada jenis obor-obor itu dan ketahanan (tahap imuniti) badan manusia yang disengat.

Menurut ensiklopedia itu lagi, sengatan obor-obor yang paling toksik adalah daripada 'ampai-ampai kotak' atau Chironex fleckeri dan Caruka barnesi yang terdapat di Australia dan sebahagian dari laut Indo-Pasifik.

Obor-obor jenis ini diketahui dapat membunuh manusia hanya dalam masa lima minit.

REAKSI

Lain individu akan memberi reaksi yang berbeza terhadap sengatan obor-obor.

"Anggaplah sengatan obor-obor sebagai racun dan jika lebih kecil saiz badan orang yang disengat, maka kesannya akan lebih besar berbanding dengan orang yang bersaiz badan besar," jelas Martyn.

Samalah juga reaksi terhadap sengatan lebah, ada yang hanya menimbulkan alergi biasa dan ada yang mengalami kejutan anaphilaktik yang membawa kematian dari hanya satu sengatan.

"Begitu juga dengan sengatan daripada obor-obor," tambah Martyn. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan