Masjid Muhammadiah Dibina Berkonsep Seni Bina Dan Budaya Cina

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Orang ramai berkunjung ke majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Muhammadiah, Taman Tasek Jaya, Ipoh. Masjid Muhammadiah atau Masjid Cina Muslim dibuka untuk jemaah pada 4 Ogos 2013 bersamaan dengan 27 Ramadan 1434H. Pembinaan masjid itu adalah hasil kerjasama jawatankuasa Masjid Lama Muhammadiah bersama pihak Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Ipoh. -fotoBERNAMA
Orang ramai berkunjung ke majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Muhammadiah, Taman Tasek Jaya, Ipoh. Masjid Muhammadiah atau Masjid Cina Muslim dibuka untuk jemaah pada 4 Ogos 2013 bersamaan dengan 27 Ramadan 1434H. Pembinaan masjid itu adalah hasil kerjasama jawatankuasa Masjid Lama Muhammadiah bersama pihak Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Ipoh. -fotoBERNAMA

MASJID Muhammadiah merupakan masjid pertama di negeri Perak yang dibina sepenuhnya berkonsepkan seni bina dan budaya Cina selain mempunyai persekitaran yang unik dan indah, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Pembinaan Masjid Muhammadiah dengan kos RM4 juta itu merupakan mercu tanda kepada rakyat di Perak yang mana masyarakat Islam di sini terdiri daripada pelbagai kaum.

"Masjid yang menjadi tarikan pelancong itu juga dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara," kata Zambry ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di masjid itu di Taman Tasek Jaya, Ipoh, baru-baru ini.

Pada majlis itu Zambry turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk penambahbaikan masjid berkenaan.

Majlis Bandaraya Ipoh juga diarah membina landskap untuk memperindahkan persekitaran masjid itu.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Cina Muslim Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah berkata fasa pertama masjid yang akan siap sepenuhnya September ini mempunyai ruang besar yang boleh diguna untuk majlis ceramah, forum dan aktiviti budaya.

"Fasa kedua dengan kos RM3 juta melibatkan pembinaan pusat dakwah, pendidikan, dewan serbaguna dan perpustakaan. Pembinaannya dijangka bermula awal tahun depan," katanya.

Dewan solat wanita di bahagian atas boleh menempatkan 200 jemaah manakala ruang solat di bahagian bawah mampu memuatkan 800 orang. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan