Dari Kuala Lumpur Ke Johor Premium Outlets

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Johor Premium Outlets menarik perhatian ramai penunjung yang mahukan barangan berjenama pada harga lebih rendah.
Johor Premium Outlets menarik perhatian ramai penunjung yang mahukan barangan berjenama pada harga lebih rendah.

SEJAK dilancarkan pada Disember 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, penulis masih belum berkesempatan ke Johor Premium Outlets (JPO) di Iskandar Malaysia, Johor.

Bukan sahaja kerana bukan ketagih atau gemar untuk membeli-belah tetapi juga tidak suka untuk memandu bagi perjalanan jarak jauh.

Apakah yang menariknya sehingga ia menjadi magnet kepada jutaan pengunjung terutama di kalangan pelancong tempatan dan luar negara.

Dilabelkan sebagai syurga membeli-belah di negara ini membuatkan JPO menjadi persinggahan wajib bagi penulis dalam lawatan ke Johor Bahru.

Perjalanan sejauh lebih 300 kilometer membuatkan JPO yang selama ini menjadi bualan orang ramai bukan tarikan penulis untuk memandu dari Kuala Lumpur.

Tidak biasa menaiki bas untuk perjalanan jauh ditambah pula ia bukan terletak di Johor Bahru hanya membantutkan hasrat penulis untuk ke sana.

Bagaimanapun, penulis berpeluang untuk memandu Honda City menerusi uji pandu model itu ke selatan tanah air membuatkan perjalanan begitu selesa dan memudahkan.

Paling utama, model CKD (Completely Knocked-Down) terlaris Honda ini menjimatkan penggunaan bahan api, ciri penting pemanduan.

Menerusi enjin i-VTEC 1.5 liter, ia mempamerkan prestasi yang cukup sempurna sama ada untuk pemanduan jarak dekat mahu pun pengembaraan jarak jauh.

Tidak berhasrat untuk membeli-belah, apatah lagi membuat senarai barangan yang wajib atau mesti beli di JPO, penulis hanya mahu membuat tinjauan terlebih dahulu.

Terdapat 80 premis pelbagai jenama dihidangkan untuk pengunjung dengan masing-masing menawarkan diskaun antara 25 sehingga 65 peratus.

Bagi yang rambang mata, pasti ada mahu membeli-belah tanpa terlupa bagaimana untuk membawa pulang kesemua barangan yang dibeli.

Ruang penyimpanan barang dalam Honda City tidak merumitkan keadaan kerana lebih luas berbanding model kereta yang lain.

JPO menawarkan label berjenama mewah pada kadar diskaun. Dari Coach, Burberry, Salvatore Ferragamo, Michael Kors sehinggalah ke Versace, semua ada di sini.

Tekaan penulis meleset yang melihat JPO sekadar menghimpunkan jenama-jenama mewah tetapi masih menawarkan jenama berpatutan lain untuk seisi keluarga.

Pun begitu, masing-masing tetap berkualiti, menarik dan menawarkan diskaun untuk para pengunjung yang mahukan kelainan dalam pengalaman membeli-belah.

Serasi dengan Honda City yang dipandu, di mana ia bukanlah model kereta mewah pada harga berpatutan namun tampak eksklusif dan bergaya.

Bercakap pasal gaya, tidak lupakan tentang soal keselamatan terutama dalam pemanduan jarak jauh, dari Kuala Lumpur ke Johor.

Honda City nyata bersesuaian kerana dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan sebagai keselesaan yang berganda dalam pemanduan.

Antara ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan adalah beg udara SRS berkembar, bantuan kestabilan kenderaan (VSA), ISOFIX, brek anti-kunci (ABS) dengan agihan kuasa brek elektronik (EBD) dan bantuan brek (BA).

Melengkapi ciri-ciri itu, Honda City turut memberi tip keselamatan buat pemandu bagi memastikan pemanduan selesa dan selamat.

Antaranya memastikan tayar kereta sentiasa baik dan berbunga, memastikan jarak yang selamat dengan kenderaan di hadapan dan memakai tali pinggang keledar.

Tidak dilupakan yang paling penting adalah memandu secara berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya.

Dengan semua ini, ia sekali gus menjadikan kunjungan penulis ke Johor Premium Outlets menggunakan Honda City adalah tepat.

Ini kerana ia melangkaui jangkaan dengan ciri-ciri keselamatan selain mengekalkan tiga kualiti utamanya iaitu prestasi, gaya dan pratikal.

Tanpa ada niat mahupun membawa senarai wajib beli, penulis terpaksa akur apabila akhirnya ‘tunduk’ dengan tawaran diskaun menarik.

Walaupun hanya berjaya membeli sepasang kasut di JPO namun pembeliannya begitu berbaloi kerana menang gaya pada harga lebih murah.

JPO kini memasuki pembangunan fasa kedua yang meliputi kawasan seluas 100,000 kaki persegi, dijadualkan dibuka pada November depan.

Fasa dua itu mempunyai kira-kira 40 kedai, menjadikan jumlah keseluruhan 120 kedai, yang akan meningkatkan pengalaman pengunjung.

Kunjungan pertama ke JPO tidak sia-sia yang bukan sahaja menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik bahkan perjalanan ke sini juga tidak mengecewakan.

Malah penulis yang selama ini sukar memandu dalam perjalanan jarak jauh tetapi berpuas hati memandu Honda City kerana memberikan keselesaan maksimum.

Honda City memberi definisi sebagai kereta ideal jenis sedan kompak untuk rakyat Malaysia yang mengekalkan praktikaliti, keselesaan dan pemanduan ekonomikal.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan