Akademi ‘Do Good’ Perkasakan Pemimpin NGO Berkemahiran

Diterbitkan: Khamis, 1 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Roshan Thiran ketika memberi penerangan mengenai Akademi 'Do Good'. Foto M. AZHAR ARIFF / THE STAR
Roshan Thiran ketika memberi penerangan mengenai Akademi 'Do Good'. Foto M. AZHAR ARIFF / THE STAR

PETALING JAYA: Syarikat perusahaan sosial, Leaderonomics dengan kerjasama The Star menerusi inisiatif ‘Do.Good.Volunter’ melancarkan Akademi ‘Do Good’ yang bertujuan untuk membantu memperkasakan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkemahiran.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Leaderonomics, Roshan Thiran berkata, ia bagi membantu meneruskan pembangunan dan memacu perubahan yang positif dalam negara.

“Bagaimana kita mahu membuat perubahan pada negara? Bagaimana kita hendak membangunkan pemimpin (NGO) untuk perubahan yang baik? Ciri kepimpinan bukan bakat semula jadi tetapi perlu diasah dengan kemahiran dan pengalaman.

“Maka kita perlu membangunkan satu proses untuk mengembangkan pemimpin itu. Kita akan memfokuskannya dengan membangunkan kapasiti dan keupayaan (pemimpin NGO) dalam kepimpinan mereka untuk menggerakkan komuniti dalam membantu masyarakat yang memerlukan,” katanya pada majlis pelancaran Akademi 'Do Good' di Menara Star di sini, Khamis.

Turut hadir ialah Pengarah Pembangunan Do Good, Amanda Chua dan Pengurus Kumpulan Komunikasi Korporat dan Pemasaran The Star, Siti Hajar Abdul Rahman.

Roshan berkata, inisiatif ini bukan sahaja menghubungkan para sukarelawan dan kerja-kerja sukarelawan tetapi turut menyokong setiap NGO untuk melahirkan pemimpin yang berkemahiran.

“Do Good Academy merupakan idea untuk memperkasakan pemimpin-pemimpin dalam sektor NGO bagi membolehkan tujuan organisasi mereka untuk masyakarat dalam dipenuhi secara kukuh,” katanya.

Sementara itu, Amanda pula berkata, sebagai NGO perlu diperkasakan kemahiran dan keupayaan mereka supaya dapat melakukan perubahan yang baik dalam masyarakat.

“Visi kita adalah untuk membangunkan pemimpin NGO dan membantu menjadikan organisasi mereka dapat beroperasi dengan lebih efektif dan mampan.

“Misi pula adalah membina dan mempertingkatkan kapasiti pemimpin penggerak komuniti supaya mereka dapat memenuhi tujuan organisasi mereka, memperkasakan pemimpin untuk mengendalikan operasi dengan pendekatan lebih mampan dan menyatupadukan para pemimpin memperkukuhkan rangkaian dan kerjasama.

“Ini kita namakan sebagai perkongsian, belajar dan bekerjasama. Akademi ‘Do Good’ akan meliputi enam bahagian kompetensi iaitu kepakaran perniagaan, kepimpinan, rangkaian, teknologi, dana dan pengurusan,” katanya.

Beliau menambah, kompetensi itu akan didedahkan dengan modul mengenai empat penguasaan iaitu kemahiran individu, kepimpinan, usaha dan kewibawaan.

Academy ‘Do Good’ membariskan program-program latihan yang dikendalikan oleh pelatih-pelatih yang profesional dan berpengalaman dalam pelbagai bidang.

Sebarang maklumat lanjut mengenai Akademi ‘Do Good’ boleh melayari laman web dogoodacademy.com atau e-mel kan kepada partner@dogoodvolunteer.com.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan