Nasi Kandar Popular Diperingkat Antarabangsa

Diterbitkan: Jumaat, 12 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nasi Kandar sangat menyelerakan.
Nasi Kandar sangat menyelerakan.

GEORGETOWN: Makanan istimewa di Pulau Pinang, nasi kandar, dipopularkan di peringkat antarabangsa apabila sebuah syarikat kapal pelancongan antarabangsa Genting Hong Kong Ltd akan menganjurkan pertandingan 'The Star Cruises Nasi Kandar Cooking Competition 2013'.

Pembantu Timbalan Presiden Pengoperasian Star Cruises Eric Sia berkata syarikat itu menganjurkan pertandingan masakan nasi kandar atas kapal Super Star Libra yang berlabuh di Pulau Pinang pada 21 hingga 23 Ogos ini.

Beliau berkata cabaran memasak nasi kandar itu dikhususkan kepada kari kepala ikan sebagai simbol kegemaran masyarakat India-Muslim di Pulau Pinang dan pertandingan itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu professional dan amatur.

"Markah pertandingan akan dinilai berdasarkan keaslian, teknik, rasa, persembahan, keselamatan dan kebersihan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah lebih RM8,000 dan pakej pelayaran kapal-kapal pelancongan yang bernilai lebih RM26,000.

Mereka yang berminat menyertai pertandingan itu boleh mendapatkan keterangan lanjut menerusi laman web www.starcruises.com atau emel kepada nasi.kandar.competition@starcruises.com sebelum 5 Ogos ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan