Rotiboy Bakal Buka Fasiliti Pengeluaran Di China

Diterbitkan: Khamis, 13 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hiro Tan. Foto AZHAR MAHFOF/THE STAR
Hiro Tan. Foto AZHAR MAHFOF/THE STAR

GEORGE TOWN: Rotiboy Bakeshoppe Sdn Bhd, rangkaian bakeri tempatan, di Ningxia, China, menjelang tahun ini, kata pengasas dan pengarah urusan, Hiro Tan.

Beliau berkata Ningxia, hub halal untuk China, telah dipilih untuk mengembangkan jenama Rotiboy kerana mahu menjenamakan syarikat sebagai syarikat makanan halal dan untuk mengambil peluang daripada populasi Islam yang besar di sana.

"Kami menjangka menyelesaikan aktiviti penjenamaan dan program latihan menjelang Ogos dan berharap kilang itu akan dilancarkan tahun ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Persidangan Perniagaan SME 2013 di sini, Khamis.

Ningxia, satu wilayah autonomi di China, terletak di barat laut China dan kini dipromosikan sebagai hub makanan halal.

Tan berkata, penerokaannya ke China adalah sebagai perniagaan milik penuh Rotiboy Bakeshoppe yang kedua selepas Singapura, tidak seperti pengembangan melalui konsep francais di negara-negara lain, seperti Arab Saudi, Emiriyah Arab Saudi (UAE), Korea Selatan dan Indonesia.

Sementara itu, kini terdapat 18 kedai Rotiboy di Malaysia, dengan kebanyakan kedai di Lembah Kelang.

Ditubuhkan di Bukit Mertajam pada April 1998, Rotiboy Bakeshoppe dikenali dengan kek dan roti berkualitinya, terutama roti ban kopi keluarannya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan