Pemandu Lori Maut Kemalangan Di Lebuhraya Utara-Selatan Di Nilai

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Seorang pemandu lori maut manakala kelindannya cedera ringan dalam kemalangan di Km 284, Lebuhraya Utara-Selatan pada Selasa.

Jurucakap polis berkata pemandu yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Mohd Fadli Mohd Isa, 26, manakala kelindannya Mohd Nasrul Md Yahya, 19, hanya mengalami kecederaan ringan setelah dia tercampak keluar dari lori itu.

Katanya dalam kejadian pukul 4 pagi, lori yang penuh dengan muatan barangan alat ganti kenderaan sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Segamat, Johor apabila terbabas lalu melanggar papan tanda di tepi lebuh raya berkenaan.

Sebuah jentera bomba bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai yang menerima panggilan pada 4.14 pagi bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan