DAP Tidak Berminat Jadi PM - Guan Eng

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: DAP sekali lagi menyatakan pendirian bahawa parti itu tidak berminat untuk menjadikan pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya mentadbir negara kelak.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebaliknya berkata, pakatan pembangkang bersetuju agar jawatan nombor satu negara itu diberikan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Siapa nak jadi Perdana Menteri baru Malaysia? Bukan Karpal Singh, bukan Lim Guan Eng.

"Tapi siapa? Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah orangnya," katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Pakatan Harapan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim di sini, Jumaat.

Selain itu dalam ucapannya, Lim sekali lagi mengulangi janji populis pakatan pembangkang untuk memansuhkan bayaran tol di Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) serta menurunkan harga minyak sekiranya bwrjaya menawan Putrajaya.

"Kalau rakyat berani pilih Pakatan Rakyat, kita akan hapuskan tol Plus.

"Selain itu kalau BN (Barisan Nasional) turun, harga minyak juga kita akan turunkan," katanya.

Sebelum ini Lim diasak oleh rakyat Pulau Pinang supaya menunaikan janji 2008 untuk memansuhkan Tol Sungai Nyior jika berjaya menguasai negeri itu pada 2008.

Bagaimanapun baru-baru ini di Ipoh, Lim menafikan membuat janji berkenaan sebaliknya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendakwa DAP hanya mengatakan akan menghapuskan tol berkenaan jika pakatan pembangkang menguasai Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

Sebuah blog memetik kenyataan Ketua Menteri itu, yang disiarkan dalam sebuah akhbar Cina pada 10 April 2008, sebagai berkata: ‘Dalam masa tiga tahun, kalau Kerajaan Pusat tidak memansuhkan Tol Sungai Nyior, saya akan berbuat demikian’.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan