Pakatan Sasar Rampas 33 Kerusi Parlimen Di Tiga Kubu Kuat BN

Diterbitkan: Ahad, 31 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat menyasarkan untuk merampas 33 daripada 83 kerusi Parlimen di tiga kubu kuat Barisan Nasional iaitu Johor, Sabah dan Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata walaupun tiga negeri itu dianggap sebagai 'simpanan tetap' BN, Pakatan memutuskan untuk melakukan kejutan dengan memenangi beberapa kerusi.

"Objektif ketiga mengenai persaingan di Gelang Patah adalah memenangi 33 kerusi Parlimen bagi Pakatan di tiga negeri simpanan tetap BN iaitu Johor, Sabah dan Sarawak," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Pada 2008, Pakatan menang 82 kerusi Parlimen manakala BN menguasai 140 kerusi di seluruh negeri.

Lim berkata di Johor sendiri, Pakatan menjangka untuk mencapai 50% kemenangan dalam usaha merampas 19 kerusi Parlimen dan 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mengulas mengenai hasratnya untuk bertanding di Gelang Patah daripada mempertahankan kerusi Ipoh Timur, Lim berkata, tindakan itu adalah mengenai usaha untuk merampas Johor.

Menyedari keputusan tersebut berisiko besar, Lim berkata, dia bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Menurutnya, Pakatan perlu memenangi 125 daripada 222 kerusi Parlimen untuk memperoleh majoriti selesa bagi membentuk sebuah kerajaan Persekutuan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan