suria

Hulu Langat Dikenali Sebagai Lokasi Perkelahan

HULU Langat merupakan daerah kelima terbesar di Selangor dengan penempatan bandar dan pendalaman.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah Kajang, Semenyih dan Dusun Tua.

Ia dikenali sebagai lokasi rekreasi seperti Sungai Congkak, hutan rekreasi Gunung Nuang, Pangsun River dan Sungai Gabai serta air terjun Sungai Batangsi.

Penduduk tempatan berkunjung ke kawasan air terjun, terutama pada hujung minggu, untuk berenang di sungai atau berkelah bersama keluarga dan rakan.

Bagi perkhemahan atau perkelahan, satu lagi tarikan ialah Taman Rekreasi Sungai Tekala, yang dibuka pada tahun 1982.

Hulu Langat juga terkenal kerana kolam air panasnya yang menarik perhatian penduduk tempatan dan pelancong asing, dan ia terletak di Semenyih, Kampung Sungai Serai dan Batu 16 Dusun Tua.

Turut terdapat beberapa homestay yang menawarkan tarikan berhampiran. Daerah ini merupakan sebahagian daripada laluan Le Tour De Langkawi.

Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, Cheras-Kajang, Lekas dan Silk memberikan akses ke Hulu Langat.

Bagaimanapun, Hulu Langat menjadi antara tajuk utama berita baru-baru ini ekoran kejadian tanah runtuh, hakisan dan jalan runtuh.

Artikel Lain