Masyarakat Cina Digesa Buat Pilihan Bijak Dalam PRU-13

Diterbitkan: Isnin, 25 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Chua (dua, kanan) ditemani oleh beberapa pemimpin MCA sedang mengadakan lawatan di pasar basah di Gopeng pada Ahad. Foto SAIFUL BAHRI / THE STAR
Dr Chua (dua, kanan) ditemani oleh beberapa pemimpin MCA sedang mengadakan lawatan di pasar basah di Gopeng pada Ahad. Foto SAIFUL BAHRI / THE STAR

GOPENG: Komuniti Cina perlu membuat keputusan sekiranya kekuatan politik mereka adalah sama ada berada dalam kerajaan atau pembangkang pada pilihan raya umum akan datang, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) bersedia untuk membentuk Kerajaan, dan DAP serta sekutunya PAS dan PKR berada dalam kedudukan yang tidak mengubah hakikat ini.

"Saya boleh katakan dengan yakin bahawa undi Melayu dan India adalah sangat baik untuk Barisan," kata Dr Chua berkata selepas melawat pasar basah Lawan Kuda di sini, Ahad.

Beliau menasihatkan orang Cina, yang mana sentiasa mengutamakan ekonomi dan pendidikan, untuk mempertimbangkan secara serius di mana untuk meletakkan kepercayaan politik mereka.

"Negara di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berbuat baik dan akan terus berbuat baik.

"Najib membawa perubahan yang baik, perubahan terutamanya ekonomi, dan beliau berkongsi mengenai prestasi ekonomi negara dengan orang awam baru-baru ini," katanya.

Dengan kadar pertumbuhan ekonomi tahunan antara 5% dan 6%, Dr Chua berkata, Malaysia mengatasi banyak negara termasuk Singapura, Hong Kong dan Taiwan.

Kadar pengangguran turun kepada 3.1% dan Program Transformasi Ekonomi, antara lain akan menjana 300,000 pekerjaan baru setahun.

"DAP hanya boleh menyatakan perubahan untuk tempoh lima tahun akan datang, tetapi orang Cina mesti mempertimbangkan implikasinya," katanya.

Dr Chua berkata, tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat dengan perwakilan yang baik dalam Kerajaan akan menjadi kelebihan, terutama bagi memastikan masalah dapat diselesaikan.

"Pembangkang paling boleh pun mendengar masalah anda," tambah beliau.

Kemudiannya di Ipoh, Dr Chua mengingatkan rakyat bahawa pembangkang tidak akan berkhidmat kepada mereka selepas dipilih.

Taktik mereka adalah untuk terus mengalihkan perhatian rakyat yang tidak sudah-sudah bercakap mengenai pelbagai isu, katanya selepas melawat pasar basah Gunung Rapat.

Dr Chua berkata, ia juga adalah taktik wakil-wakil rakyat DAP untuk menukar kerusi mereka terlalu kerap kerana mereka tahu tidak boleh menipu pengundi untuk tempoh yang lama.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan