'Saya Serah Keputusan Kerusi Parlimen Kota Tinggi Kepada PM' - Syed Hamid

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syed Hamid Albar kini menyandang jawatan Ahli Parlimen Kota Tinggi.
Syed Hamid Albar kini menyandang jawatan Ahli Parlimen Kota Tinggi.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menyerahkan keputusan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai sama ada beliau akan dicalonkan semula atau tidak untuk kerusi Parlimen Kota Tinggi yang kini disandangnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Syed Hamid berkata, beliau tiada menyuarakan mengenai kesediaan untuk tidak bertanding semula pada kerusi Parlimen Kota Tinggi dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak menyuarakan pandangan itu," katanya kepada pemberita yang ditemui selepas sidang media Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara SPAD dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) di sini, Jumaat.

Syed Hamid mengulas mengenai beliau dilaporkan sebagai antara pemimpin veteran Barisan Nasional (BN) yang menyuarakan kesediaan mereka untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Akhbar The Star pada Selasa melaporkan bahawa BN akan menggugurkan sekurang-kurangnya 40% calon veteran pada PRU-13 nanti untuk memberi laluan kepada muka-muka baru.

Selain itu, terdapat pemimpin veteran yang dikatakan menyuarakan kesediaan mereka untuk tidak bertanding.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan