Takaful Ikhlas Pupuk Kesedaran Pekerja Amal Gaya Hidup Sihat

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebahagian kakitangan Star Publications (M) Bhd menghadiri pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Takaful Ikhlas. Foto KEVIN TAN / THE STAR
Sebahagian kakitangan Star Publications (M) Bhd menghadiri pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Takaful Ikhlas. Foto KEVIN TAN / THE STAR

PETALING JAYA: Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas), menerusi produk perlindungan perubatan pra pelancarannya, ‘ChoicePlus’ memupuk kesedaran mengenai gaya hidup sihat terutama di kalangan pekerja.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Latiff Abu Bakar berkata, ia dilaksanakan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tentang kepentingan penjagaan kesihatan.

“Mereka (majikan), sama ada sudah pun mendapatkan ‘perlindungan’ dengan kita atau dengan pihak lain tetapi apa yang penting mereka sudah ada kesedaran mengenai melindungi kakitangan mereka dari segi keperluan (perlindungan) perubatan.

“Kos perlindungan perubatan kebiasaannya akan meningkat dan kita mahu mengawal kos tersebut. Bagi mengawal kos perubatan, program-program seumpama ini dapat membantu organisasi terbabit,” katanya ketika ditemui mStar Online di Menara Star di sini, Selasa.

Takaful Ikhlas pada Selasa mengadakan program CSR menerusi pemeriksaan kesihatan seperti ujian darah, ujian darah tinggi dan pemeriksaan indeks jisim badan (BMI) untuk kakitangan Star Publications (M) Bhd dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

Majlis itu turut dihadiri oleh Naib Presiden Eksekutif Takaful Ikhlas, Wan Mohd Fadzullah Wan Abdullah dan Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan Pasaran Baru dan Bahagian Perubatan/Kesihatan, Kenny Ong.

Ab Latiff berkata, organisasi korporat menyediakan kemudahan berbentuk skim perlindungan perubatan untuk kakitangannya, manakala Takaful Ikhlas melaksanakan pengurusan kos perubatan dan menyediakan langkah bagi mengawal kos berkenaan.

“Sebagai contoh jika 1,000 kakitangan The Star yang datang membuat pemeriksaan, dan 20 peratus daripadanya didapati mempunyai masalah kesihatan, pihak pengurusan akan memikirkan bagaimana untuk menangani kumpulan 20 peratus ini.

“Mungkin mereka (pekerja) akan diminta bersenam atau menjaga pemakanan supaya apabila yang 20 peratus ini datang memperbaharui program perubatan, kenaikan kos itu tidaklah begitu tinggi. Kita mahu mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat,” katanya.

Beliau menambah, menerusi kesedaran dan kepentingan itu, organisasi korporat akan mendapatkan ‘ChoicePlus’ sebagai produk perlindungan perubatan pilihan mereka.

‘ChoicePlus’ merupakan perlindungan perubatan penjagaan kesihatan oleh Takaful Ikhlas dan menyediakan kemudahan rawatan dan hospital di hospital dan klinik panel.

“Sejak Choice Plus diperkenalkan menerusi pra-pelancaran pada September 2012, seramai 20,000 ahli yang melibatkan 38 organisasi korporat.

“ChoicePlus turut menyediakan pelbagai faedah tambahan seperti program penjagaan kesihatan iaitu ‘Wellness’ yang terdiri daripada taklimat kesihatan, pemeriksaan perubatan dan kempen penjagaan kesihatan,” katanya.

Selain itu, produk ChoicePlus mempunyai Lembaga Penasihat Perubatan, satu kumpulan pakar yang menyediakan maklumat terkini mengenai antara lainnya seperti kos rawatan perubatan, teknologi perubatan terbaru dan pandangan tentang pembedahan.

Takaful Ikhlas merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan