Warga Emas Terima Mykad Selepas 40 Tahun Menunggu

Diterbitkan: Rabu, 2 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bashah Abdullah, 82, menunjukkan MyKad yang baru diterimanya di rumahnya di Kampung Pengkalan Bujang, Bedong, dekat sini petang Rabu.
Bashah Abdullah, 82, menunjukkan MyKad yang baru diterimanya di rumahnya di Kampung Pengkalan Bujang, Bedong, dekat sini petang Rabu.

SUNGAI PETANI: Penantian seorang nenek sejak lebih 40 tahun untuk memiliki kad pengenalan baharu berakhir, apabila Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kedah Mohammad Pauzi Abdullah turun padang menyerahkan sendiri dokumen itu kepadanya pada Rabu.

Bashah Abdullah, 82, ketika ditemui di rumahnya di kampung Pengkalan Bujang, Bedong, dekat sini, berkata beliau begitu gembira kerana hasratnya untuk memiliki kad pengenalan baharu akhirnya termakbul.

"Nenek memang rasa seronok sangat, sudah lama nenek tunggu untuk dapat kad pengenalan, bila dapat Alhamdulillah.

"Terima kasih juga kepada mereka yang banyak bantu nenek sampai perkara ini selesai. "Bila ada kad pengenalan ini, senang nak pi (pergi) mana-mana pun tidak risau. Nak mengundi tahun ini pun boleh, kalau dipanjangkan usia," katanya yang mengadakan kenduri kesyukuran.

Difahamkan, warga emas yang memiliki dua anak, lima cucu dan lapan cicit itu memohon untuk menukar kad pengenalan lamanya sekitar tahun 1970-an, namun terdapat masalah teknikal menyebabkan permohonannya lewat diproses.

Ketika mengulas perkara itu, Mohammad Pauzi berkata selepas menerima maklumat mengenai kesulitan yang dialami Bashah, pihaknya menjalankan siasatan dan tindakan segera dilakukan bagi membolehkan warga emas itu mendapat MyKad.

"Permohonannya kita proses pada Ahad lalu dan terus dihantar ke Putrajaya pada hari sama dan dari ini, kita turun padang untuk menyerahkannya sebagai hadiah tahun baru. "Sebenarnya, kelewatan ini berpunca daripada masalah teknikal disebabkan proses permohonan kad pengenalan pada tahun 90-an, dibuat secara manual, justeru bila dimaklumkan mengenai masalah ini, kita menyemak kembali permohonan lama dan memproses semula," katanya.

Mohammad Pauzi turut menyarankan agar anggota masyarakat yang mempunyai maklumat mengenai kes serupa supaya tampil untuk bekerjasama dengan JPN.

"Jika ada anggota masyarakat yang diketahui tidak mempunyai kad pengenalan, ketua masyarakat, jiran atau ahli keluarga diharap dapat membawa mereka ke pejabat JPN berhampiran, bersama-sama dokumen-dokumen sokongan. Kita akan siasat dan bantu mereka mendapatkan MyKad," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan