suria

HSNZ Sedia Khidmat Urutan Selepas Bersalin Percuma

Tukang urut, Lukman Alias mengurut seorang pesakit yang mendapatkan khidmat urutan tradisional di Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Terengganu pada Rabu. HSNZ telah dipilih untuk menjalankan aktiviti perubatan tradisional seperti urutan melayu dan akupuntur untuk pesakit kronik, post-stroke untuk pesakit yang dalam rawatan susulan serta mendapat surat rujukan dari pegawai perubatan.- Foto BERNAMA.

KUALA TERENGGANU: Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini menjadi hospital kerajaan keempat di negara ini yang menyediakan perkhidmatan urutan selepas bersalin untuk ibu-ibu yang memerlukan rawatan susulan.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Anwa Sulaiman berkata perkhidmatan percuma itu yang diperkenalkan sejak Disember lepas, merupakan sebahagian usaha tambahan bagi mempertingkatkan peranan Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari (PTK) di HSNZ.

"Kita mempunyai seorang tukang urut wanita yang berkhidmat secara kontrak di sini. Ketika ini, kita mempunyai seorang pengamal akupuntur dan dua pengamal urutan biasa yang lazimnya merawat antara lapan sehingga 15 pesakit sehari," katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.

Beliau ditemui semasa menerima lawatan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang ditemani isteri Toh Puan Seri Norliza Mahmud serta Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Dr A. Rahman Mokhtar.

Mengulas lanjut, beliau berkata hanya pengamal urutan profesional yang bertauliah dengan pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun ditempatkan di situ bagi menjamin keselamatan pesakit.

Selain itu, unit PTK juga menawarkan dua perkhidmatan lain seperti urutan tradisional Melayu dan akupuntur yang setakat ini dimanfaatkan pesakit angin ahmar serta pesakit sendi kronik.

Katanya bagi pengamal urutan tradisional biasa, mereka yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita bersedia memberi perkhidmatan selepas pesakit merujuk kepada doktor.

Sementara itu, Ahmad berkata sebelum ini pusat sedemikian diwujudkan di Putrajaya, Johor Baharu dan Kepala Batas, Pulau Pinang.

Katanya perkhidmatan yang ditawarkan sejak 2010 itu merangkumi urutan kesegaran badan dan penjagaan payu dara serta rawatan perbidanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Imej Malaysia di PBB Melonjak

Artikel Lain