Usahawan Hantar Makanan Stimbot Ke Rumah

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penghantaran ke rumah lazimnya dikaitkan dengan makanan segera seperti piza, selain bungkusan dan barangan dari pasar raya, namun jarang berlaku penghantaran stimbot dan makanan barbeku, dimasak di lokasi dan dihidangkan panas.

Namun, inilah yang dilakukan oleh seorang usahawan dari Manjung (Perak), Chris Goh mengusahakan hidangan stimbot panas di rumah pelanggan, berbeza daripada makanan yang dipesan menerusi pengusaha katering. "Perkhidmatan katering di Malaysia lebih kepada memberi perkhidmatan untuk majlis keraikan. Kami memenuhi kehendak individu," kata Goh.

Perkhidmatan meja lengkap juga disediakan, dan pasukan pembersihan akan mengemas pinggan-mangkuk, periuk-belanga dan juga sampah-sarap, dan memastikan rumah bersih dan kemas, katanya. "Kami memenuhi keperluan peribadi. Pelanggan yang mahu mengelak kesusahan pergi ke restoran, kini boleh mengadakan majlis dalam suasana selesa dan tanpa gangguan di rumah mereka sendiri," katanya kepada Bernama.

Goh yang menjalankan operasi stimbot di Salak South dekat sini, berkata keistimewaan menunya ialah sup, yang merupakan resipi rahsia keluarganya.

Berdasarkan pengalaman 10 tahun dalam perniagaan itu, Goh mampu menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah dalam tempoh sejam selepas menerima tempahan menerusi telefon.

Berbeza daripada perkhidmatan katering yang lain yang memerlukan masa untuk menyediakan hidangan, bahan-bahan stimbot yang kebiasaannya sayur-sayuran yang dipotong dan daging, mudah disediakan, katanya.

Di Beijing, perkhidmatan ini memperoleh penarafan lima bintang, kata Goh.

Berbanding cuaca panas di Malaysia, stimbot lebih popular di China terutama semasa musim sejuk, dengan sup panas yang mendidih dapat membantu menghilangkan kesejukan. Barisan panjang direstoran stimbot juga menjadikan hidangan di rumah semakin popular, katanya.

"Penghantaran lebih baik. Ia lebih mudah. Anda boleh berbual bersama rakan. Ia lebih selesa dan tidak bising."

Sambil memberi jaminan terhadap kualiti hidangannya, Goh berkata menu dan bahan ditukar setiap hari bagi memastikan kesegarannya.

Pelanggan boleh memilih jenis makanan yang mereka mahu dengan melayari www.oceanhong.com.my dan membuat tempahan menerusi laman web berkenaan.

Hidangan yang ditawarkan termasuk sup laksa, sate, makanan laut, bubur dan resipi barbeku dan stimbot. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan