Klinik Buka Sampai Malam Keistimewaan Hospital Sg Long

Diterbitkan: Isnin, 26 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kewujudan kampus Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) di Sg Long, Kajang dilihat membantu merancakkan pembangunan di kawasan itu.

Begitu juga dengan pembangunan yang lain seperti penubuhan sebuah hospital yang dilengkapi dengan peralatan yang setanding dengan hospital pakar.

Hospital Sg Long (HSL), walaupun ia sebuah hospital swasta, mempunyai matlamat untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang menggambarkan hubungan yang lebih mesra dan rapat dengan komuniti setempat.

Dibuka pada 1 Mac lepas, bukan sahaja memberi kemudahan kepada komuniti di Sg Long malahan kawasan sekitarnya seperti Bandar Mahkota Cheras, yang kini penduduknya lebih 200,000 orang. Lokasinya yang strategik, terletak berdekatan dengan bangunan kedai serta bersebelahan dengan kampus UTAR, memudahkan penduduk di sekitarnya untuk mendapatkan rawatan pakar terutama di klinik HSL yang dibuka hingga waktu malam.

HOSPITAL KOMUNITI

Bangunan hospital setinggi enam tingkat yang dibina oleh Sin Heap Lee Group, mula diubahsuai sejak Ogos tahun lepas. Memberi kualiti yang terbaik bagi setiap pesakit yang datang dengan standard yang tinggi adalah fokus utama HSL, menurut Pengurus Besar HSL, Ric Lee Juin Sye.

Dengan mengutamakan kepentingan komuniti di kawasan Sg Long dan sekitarnya, HSL meletakkan keutamaan pesakit sebagai motonya dalam pemberian perkhidmatan perubatan yang terbaik. Ini bagi memastikan pesakit merasa selesa dan berpuas hati dengan rawatan dan perkhidmatan yang disediakan.

"Berada dalam komuniti di sini, pastinya kualiti adalah perkara terpenting bagi mendapatkan kepercayaan masyarakat setempat.

"Bukan satu yang mudah untuk menyakinkan mereka, kerana kami adalah sebuah hospital baru. Namun dengan pakar-pakar yang berpengalaman serta kakitangan hospital yang terlatih, kami yakin dapat melakukannya," menurutnya dalam temubual dengan Bernama baru-baru ini.

Mempunyai 60 kakitangan termasuk doktor pakar, HSL menyediakan perkhidmatan rawatan komprehensif termasuk kemalangan dan kecemasan 24 jam, perubatan dan pembedahan am, pediatrik, ortopedik, onkologi, obstetrik dan ginekologi serta pengimejan.

Mampu menampung 60 buah katil dalam satu-satu masa, namun buat masa ini hanya membuka 25 buah katil sebelum dijangka beroperasi sepenuhnya dalam masa tiga hingga enam bulan lagi, katanya.

Selain itu pelbagai program juga telah diatur terutama program kesedaran yang boleh meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang amalan kesihatan yang baik.

"Mencegah itu lebih baik daripada merawat dan kerana itu kami akan adakan lebih banyak ceramah dengan komuniti di sini.

Sebagai permulaan, kami akan berceramah mengenai penjagaan diet yang seimbang sebelum diperluaskan kepada topik lain," katanya.

KLINIK MALAM DAN HUJUNG MINGGU

Agak sukar mencari klinik di hospital yang dibuka selepas waktu kerja kerana kebiasaannya ditutup selepas pukul 5.30 petang.

Ric berkata, melihat keperluan itu selain memberi kemudahan kepada penduduk di sekitar Sg Long mendapatkan rawatan, klinik HSL dibuka mulai pukul 8.30 pagi hingga 9.30 malam dan beroperasi tujuh hari seminggu.

"Ini antara kemudahan yang disediakan kerana jarang hospital pakar buka klinik hingga malam. Tujuannya bagi membolehkan mereka yang bekerja pada waktu siang, yang tidak sempat ke klinik, akan datang mendapatkan rawatan dan ubat selepas waktu kerja," katanya.

Seramai 12 doktor akan bertugas di klinik itu termasuk doktor pediatrik, ortopedik, onkologi, obstetrik dan ginekologi setiap hari.

"Saya telah meminta doktor di sini untuk memberikan khidmat dan rawatan yang terbaik kepada masyarakat di sini kerana mutu kualiti itu yang meletakkan kedudukan HSL kelak," katanya.

Mengenai harga bagi khidmat rawatan dan perubatan di HSl, Ric berkata harga yang ditetapkan adalah berpatutan kerana pihaknya telah mengurangkan 10 peratus harga maksimum yang ditetapkan dalam akta kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.

"Kami hanya caj 90 peratus sahaja dari harga yang ditetapkan dalam akta, kerana hospital ini adalah untuk komuniti dan kami mahu HSL terus kekal dan berkembang bukannya hanya wujud sementara sahaja," katanya.

Selain itu, katanya, bagi mendapatkan maklum balas pesakit, beliau sendiri akan menghubungi 400 pesakit awal yang mendapat rawatan di HSL bagi mengetahui mutu perkhidmatan.

Dengan cara itu juga, kelemahan yang ada dapat diperbaiki dengan cepat.

KERJASAMA DENGAN UTAR

Bagi memantapkan lagi perkhidmatan HSL, satu memorandum persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara HSL dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UTAR bagi menjalin kerjasama.

Antara kandungan MoU itu, perkongsian kemudahan di klinik hospital selain berkongsi pengalaman dan kepakaran, mengadakan projek bersama bagi Penyeldikan dan pembangunan serta latihan.

"Walaupun pelajar tidak boleh praktikal di HSL kerana HSL tidak mendapat lesen mengajar, namun pensyarah di UTAR boleh menggunakan kemudahan di hospital ini selain doktor di HSL boleh juga berkongsi ilmu yang ada dengan pelajar perubatan di UTAR," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk di Sg Long, yang hanya mahu dikenali sebagai Chua, 40-an, berkata, Hospital Sg Long memang dinantikan oleh penduduk di sini.

Beliau berkata dengan kemudahan lengkap termasuk klinik malam yang disediakan akan memberi kemudahan kepada orang ramai yang sebelum ini terpaksa keluar ke Kajang ataupun Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan pakar.

"Sekarang sangat mudah, tak perlu pergi jauh-jauh..., semua sudah ada di sini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan